Thursday, 15 January 2009

Sorotan Pelayanan 2008

Shalom,
Rakan-rakan pelayanan yang di kasihi, terima kasih atas segala sokongan anda untuk pelayanan pelajar sepanjang 2008. Berikut adalah antara sorotan pelayanan kita sepanjang 2008, untuk kita mengucap syukur dan doakan bersama agar tahun ini pelayanan kita terus mantap dan dipakai oleh Tuhan. Bagi kemuliaan-Nya...



28-30 Dis 2008
Doa Puasa untuk Pelayanan 2009










21Dis 2008
Reunion AJK SahabatPPL Likas







24-28 Nov 2008
Trip Misi Tandek










15-20 Nov 2008
Trip Misi Buis Telupid








1 Nov 2008
Thanksgiving PPK












28 Sept 2008
Survivor Camp PPKUMS



12-14 Sept 2008
Kem Misi di Bukit Giling Telipok

Kem Misi anjuran sahabat PPK Badin dengan kerjasama sahabat PPK Telipok yang berlangsung pada 12-14 Sept yang lalu berakhir dengan baik. Walaupun kami kekurangan air untuk masak/minum dan mandi, namun kami tetap enjoy dengan pelbagai pengalaman menarik melalui pelayanan Misi, Explorace, Tayangan Filem Yesus dan banyak lagi sepanjang kem ini.
Yang pasti melalui kem ini kami banyak belajar tentang erti Kasih Yang Sejati dan Sahabat Sejati melalui pergaulan rakan sebaya dan Motivasi. 90 orang peserta yang hadir bersama kawan baru. Doakan agar pelayanan sahabat PPK ini agar terus giat, releven dan inovatif.

3o-31 August 2008
Trip Misi ke Kudat
Peserta : 14 orang
Mendengar Kabar Baik: 210 orang
Menerima Yesus: 65 orang
Puji Tuhan, Terima Kasih atas sumbangan dan sokongan doa anda untuk pelayanan Trip ini. Tuhan Memberkati...


30 Ogos - 1 Sept 2008
Latihan Misi di Kg. Alutuk Tenom
Fasilitator: Pst.Andrew Gilong

Jumlah Peserta: 35 orang
Mendengar Khabar Baik: 17 orang
Peserta KKR: 140 orang


29-31 August 2008
Fasilitator dalam ini ialah staf dari Mission Home Bintulu dan ahli PPK Politeknik Kota Kinabalu. Jumlah Peserta yang menyertai ialah 83 orang. Terima Kasih atas sokongan semua pihak yang menjayakan kem ini, Tuhan Memberkati anda.



16 Ogos 2008 Program Weekend With Student-Explorace 16 Ogos yang lalu telah berjalan dengan lancar, ada 43 pelajar yang menyertai dan 10 orang menerima Yesus. Puji Tuhan melalui latihan dan bimbingan para Pelajar Kunci berjaya melaksanakan program ini tanpa bergantung kepada staf seperti sebelum ini.

Melalui acara ini kami melihat komitmen Pelajar Kunci bekerjasama melaksanakan program ini untuk membawa kawan baru untuk diperkenalkan kepada persekutuan Sahabat PPK dan juga berkongsi tentang kasih Tuhan kepada sahabat2 baru mereka.



9-20 Julai 2008
Latihan P emuridan PPK Tandek.
Ada 53 orang remaja yang mengikuti tersebut





18 Julai 2008 SahabatPPK Telipok bermula dengan rasminya.
Ada 71 pelajar yang hadir pada masa itu bersama 2 orang guru sebagai penasihat sahabatppk Telipok.

Puji Tuhan dan terima kasih kepada individu-individu yang berkerja keras dan memberi komitmen tinggi sehingga impian ini akhirnya menjadi kenyataan setelah berdoa hampir 2 tahun.


04-05 Julai 2008
Kem PPK Tamparuli
Ada 125 orang peserta yang hadir. Melalui kem ini 109 yang dibimbing, 16 mengikuti kelas penginjilan
dan 98 orang yang berdoa terima Yesus. Puji Tuahn...

03-06 Jun 2008
MCCC National Staff Retreat. Semua staf dari Sabah, Sarawak dan Semananjung berkumpul di Port Dickson.






16-24 Mei 2008
Trip Misi bersama Gereja Anglikan Holy Nativity.
Puji Tuhan sepanjang Trip ini, kami lalui dengan penuh dengan sukacita dan semangat yang berkobar-kobar untuk menyampaikan kasih Tuhan kepada penduduk kampung masih merindukannya. Antara pelayanan di laksanakan semasa Trip Misi ialah, kunjungan dari rumah ke rumah, Tayangan Filem Yesus, Kebaktian keluarga dan Kunjungan doa. Hasilnya ada 539 orang yang mendengar khabar baik dan 299 orang menerima Yesus. Puji Tuhan Haleluya...

25-27 April 2008
Latihan Misi bersama Persekutuan Pelayanan Wanita Gereja Anglikan St.michael Sandakan, Dalam Latihan tersebuat ada 67 orang yang menyertai, selain bapa2 dan ibu2 para muda mudi juga tidak ketinggalan.





26 April 2008
Tayangan Filem Yesus di Kionsom. Dengan sokongan doa dan kerjasama jemaah Pos Pelayanan Kg. Kionsom penayangan filem Yesus telah berjalan dengan lancar. Dan hasil dari pelayanan ini ada 75 orang hadir menonton. walaupun kebanyakan yang hadir adalah jemaah gereja, namun mereka telah bersama-sama berdoa dengan tekad untuk terus setia dan menyerahkan hidup mereka kepada Tuhan.

18-20 April 2008
Kem PPK Tandek. Puji Tuhan, ada 84 orang pelajar yang menyertai Perkhemahan ini dan ada 60 pelajar yang menyerahkan diri dan menerima Yesus sebagai penyelamat peribadi.




4-6 April 2008
Kem Misi Pampang, bertempat di gereja SIB Simpangan Entilibon, Tongod. Perjalanan mengambil masa enam jam dari Kota Kinabalu. Kami berangkat dari Kota Kinabalu sekitar jam 9 pagi dan sampai jam 3 petang. Suatu perjalanan yang jauh, mencabar namun tetap menyeronokkan.

Puji Tuhan, seramai 76 pelajar telah mengikuti kem tersebut. Ada 54 orang telah berdoa menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat secara peribadi.

10 Januari 2008
Pertemuan Doa bersama AJK PPK gabungan, di dewan SCCC.
Kira-kira 12 orang yang mengikuti doa tersebut.

28-30 Disember 2007
Doa dan Puasa untuk pelayanan 2008, bertempat di Mimpian Resort Tuaran.

Laporan Pelayanan 2008

1. Jumlah Yang Mendengar Khabar baik : 6437

2. Jumlah Menerima Hidup Baru : 2603

3. Jumlah Yang Dibimbing :554

4. Jumlah Yang Diutus : 61

5. Sukarelawan/Orang Kunci Pelayanan : 20


Terima Kasih Tuhan Memberkati...

Sunday, 9 November 2008

Teknik hadapi EXAM

PERSEDIAAN MENTAL
Malam Peperiksaan

Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.

Pagi Sebelum Peperiksaan
Jangan lupa ambil sarapan pagi
Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.

MEMULAKAN PEPERIKSAAN
Dengar arahan pengawas peperiksaan.
Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
Lihat semua soalan.
Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.

MENJAWAB SOALAN
Soalan Objektif

Bahagikan masa untuk setiap soalan. Contohnya Bahasa Melayu Kerta 1 (bilangan soalan ialah 60, masa diperuktukan 1 jam 30 minit). Oleh itu masa menjawab 1 soalan ialah 1 minit 30 saat.
Baca soalan dengan teliti. Kesankan perkataan BENAR, TIDAK BENAR, MELAINKAN, KECUALI dan sebagainya.

Lihat semua pilihan jawapan. Tandakan (x) untuk jawapan yang anda pasti salah. Jawapan yang tinggal adalah jawapannya.
Pastikan jawapan ditanda pada petak yang betul.

Jawab soalan yang mudah dahulu. Tandakan soalan yang belum dijawab. Setelah siap, kembali semula kepada soalan susah yang ditinggalkan. Jika masih tidak boleh, tandakan jawapan yang anda rasa yakin.

Jika ingin mengubah jawapan, padamkan dengan bersih dan tandakan jawapan baru dengan elok. Jangan menanda dua jawapan pada satu soalan.

Soalan Esei
Pilih soalan yang paling banyak isi
Kenalpasti bentuk soalan seperti :

BENTUK SOALAN
PENERANGAN


Huraikan
penerangan terperinci dan jelas

Bincangkan
kemukakan kebaikan dan keburukan serta kesan-kesan

Ertikan
maksud yang jelas tentang sesuatu istilah

Namakan
tulis nama-nama tertentu atau label

Bandingkan
faktor yang sama dan tidak sama

Bezakan
faktor yang tidak sama

Jelaskan
terangkan supaya mudah difahami

Definisikan
takrif tentang istilah/frasa dan bagaimana keistimewaan dapat diaplikasikan

Kritik
penilaian dan pendapat tentang kebaikan sesuatu fakta atau teori dan bincangkan dengan bukti-bukti sendiri

Analisiskan
idea utama, pertalian dan anggapan serta kepentingan

Ilustrasi
rajah atau carta untuk menerangkan sesuatu

Mulai menjawab dengan tenang
Jawab semua soalan yang ditetapkan.
Panjang jawapan adalah berdasarkan isi dan masa yang ditetapkan. Jawapan tidak dinilaikan berdasarkan panjang atau pendek esei tersebut tetapi isi dan hujah yang bernas.
Jawab soalan mengikut masa yang ditetapkan. Setiap soalan mestilah seimbang.
Selalu merujuk kepada soalan ketika menjawab supaya jawapan anda tidak menyimpang dari tajuk.

Setelah selesai menjawab, luangkan sedikit masa untuk menyemak. Pastikan nombor soalan yang ditulis adalah betul. Semak ejaan, ayat dan maklumat lain yang tidak jelas.
Tulisan mestilah jelas, kemas dan mudah dibaca.

Tulisan yang jelas membantu menaikkan 'impression' markah.
Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan.

Selamat Menghadapi Exam Tuhan Memberkati Anda...

Ulang Tahun Ke 40 MCCC



Thanksgiving SahabatPPK 2008