Tuesday, 14 April 2009

Kes Juvana Remaja

Sumber: Berita Harian Online 12 April 2009 (Ahad)
bminggu@bharian.com.my




Remaja makin bangga, seronok buat jenayah

MEREKA mencuri, merogol, menjual diri, membunuh selain terbabit pergaduhan dan samseng. Ini bukan profil penjenayah yang diburu mahupun sudah bergelar banduan, sebaliknya senario terkini golongan pelajar yang kian membimbangkan.

MEREKA sanggup mencuri, merogol, menjual diri serta membunuh selain terbabit dalam pergaduhan dan samseng. Malah ada yang bertindak di luar batasan adab dan pegangan apabila sanggup menjual diri pada harga serendah RM50 setiap pelanggan untuk mendapatkan wang.


Ini bukanlah profil penjenayah yang diburu mahupun sudah bergelar banduan, sebaliknya senario terkini golongan pelajar yang kian membimbangkan.


Pelajar yang menjadi harapan sebagai generasi pelapis dan sepatutnya bergelut memperlengkapkan diri menjadi insan serba boleh demi masa depan, sebaliknya mencurah tumpuan dan masa muda berharga dengan melakukan pelbagai jenayah seperti mereka yang bertaraf profesional.

Atas alasan mahu mendapatkan populariti, meraih wang mudah serta mendapat perhatian rakan sebaya, pelajar berusia 13 hingga 18 tahun ini sudah tidak lagi malu melakukan jenayah.


Silap jika ada yang beranggapan ini trend semasa bersifat sementara dan hanyalah gelojak jiwa muda remaja yang lebih suka mencuba perkara baru.

Buktinya, statistik serta kajian pihak berkuasa, badan bukan kerajaan (NGO) serta institusi pengajian tinggi tempatan, menunjukkan betapa jenayah pelajar di dalam mahu pun di luar sekolah, bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Ia diakui sendiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, minggu lalu yang memetik statistik menunjukkan peningkatan kes jenayah bunuh, rogol, samun, merusuh, mencuri dan kesalahan lain membabitkan anak muda itu.

Selain peningkatan kes, jumlah tangkapan pelajar berumur antara 13 hingga 18 tahun juga turut mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.


Buktinya, bagi sepanjang 2007, sejumlah 1,836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan. Angka itu meningkat sebanyak 382 kes kepada 2,218 kes tahun lalu yang menyaksikan seramai 3,725 pelajar ditahan.

Belum pun reda kejutan akibat kenyataan Musa, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula mendedahkan, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini saja, seramai 295 pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun terbabit pelbagai kes jenayah termasuk membunuh.

Sambil mengakui trend itu amat membimbangkan, Lee berkata kebanyakan pelajar itu terbabit dalam kes curi motosikal selain kes pecah rumah, mencederakan orang lain dan rogol. Lebih menyedihkan, walaupun kelab pencegahan jenayah sudah dilancarkan di 3,764 sekolah sejak 1994, ia ternyata tidak berjaya membendung kadar peningkatan jenayah di kalangan pelajar.

Keadaan juga tiada jauh bezanya di sekolah. Hasil kajian Petunjuk Keselamatan dan Jenayah di Sekolah anjuran Universiti Malaya yang diumumkan tahun lalu, menunjukkan empat masalah utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme atau samseng.

Kajian setahun pada 2006 - 2007 dilakukan Pensyarah Fakulti Pendidikan UM Profesor Madya Dr Tie Fatt Hee, membabitkan 740 responden di kira-kira 12 sekolah di Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Kajian awal ini cuma membabitkan pelajar berusia 16 tahun yang disifatkan tahap usia penting sebelum memasuki Tingkatan Lima dan seterusnya menyertai masyarakat. Apa yang boleh dirumuskan, jenayah di sekolah tetap berlaku sama ada di kawasan bandar mahu pun luar bandar.

"Bagi saya, perkembangan ini amat membimbangkan biarpun hakikatnya jenayah di sekolah ini masih dianggap terkawal jika dibandingkan dengan bilangan murid di seluruh negara," kata Dr Tie ketika ditemui, baru-baru ini.

Lebih membimbangkan, katanya, 46 peratus responden itu mengakui pembelajaran mereka terganggu akibat ancaman jenayah di sekolah yang sekali gus boleh menjejaskan pencapaian akademik mereka.

"Kita perlu ingat, masalah disiplin di sekolah ini bukanlah sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba sebaliknya ia membabitkan proses yang berpanjangan. Seperti juga penyakit, ia mempunyai simptom atau petanda awal tertentu yang perlu ditangani seberapa segera.

"Jika ia dibiarkan melarat, tanpa sebarang tindakan oleh pihak sekolah, jenayah ini boleh melarat melangkaui kawasan sekolah."

Dr Tie yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan undang-undang, berkata apa yang menyedihkan, majoriti pelajar yang ditemui menerusi kajian itu, mengakui menjadikan kawan atau rakan sebagai rujukan utama dalam sistem sokongan mereka.

"Di mana peranan ibu bapa dan guru-guru yang sepatutnya di hierarki atas sistem sokongan itu dan menjadi tempat utama pelajar mengadu masalah mereka? Ini jelas menjadi satu kepincangan kerana kita perlu sedari, ada bahayanya apabila pelajar menjadikan rakan sebagai pakar rujuk mereka, terutama jika rakan itu juga bermasalah."

Sehubungan itu, beliau menegaskan, sudah tiba masanya semua pihak - ibu bapa, sekolah dan masyarakat menggembleng tenaga bagi mengatasi masalah jenayah di kalangan pelajar ini.

"Guru yang menyedari pelajar bermasalah perlu segera memaklumkan kepada pihak sekolah bagi tindakan susulan termasuk memanggil ibu bapa dan pihak polis. Ibu bapa pula harus bersikap prihatin apabila dipanggil dan bukannya menuding jari ke arah pihak sekolah.

"Selain itu, kita juga harus menerapkan kepentingan kaedah pendidikan berkaitan undang-undang yang mana pelajar didedahkan dengan jenayah dan jenis hukuman serta hak mereka," katanya.

INFO: Masalah juvana

  • 5.4 juta pelajar di seluruh negara

  • Indeks pembabitan pelajar dalam jenayah 0.03 peratus berbanding jumlah keseluruhan

  • Usia pelajar bermasalah 13 - 18 tahun

  • Statistik polis: 2007 - 1,837 kes jenayah dan 3,383 pelajar ditahan; 2008 - Meningkat kepada 2,218 kes dan 3,725 pelajar ditahan.

  • Kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Malaysia, 48.1 peratus mat rempit berpunca akibat kebosanan, 38 peratus bertujuan mengisi masa lapang dan 27.8 peratus dipengaruhi kawan.

  • Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia - Seramai 295 pelajar terbabit dalam pelbagai jenayah sepanjang tempoh dua bulan pertama tahun ini.

  • Kajian Universiti Malaya - masalah disiplin utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme.


  • p/s
    Jika anda ada komen, pendapat, pertanyaan, informasi atau perkongsian tentang perkara ini sila kirimkan kepad kami melalui "apa komen anda?" atau Email Post di bawah...

    *identiti anda dirahsiakan*

    terima kasih
    sahabatppk blog master

    Tuesday, 7 April 2009

    Kematian Yesus







    Roma 5:8-10, Kematian Yesus Menghasilkan:
    5:8Akan tetapi Allah menunjukkan kasih-Nya kepada kita,
    oleh karena Kristus telah mati untuk kita, ketika kita masih berdosa.
    5:9Lebih-lebih, karena kita sekarang telah dibenarkan oleh darah-Nya,
    kita pasti akan diselamatkan dari murka Allah.
    5:10Sebab jikalau kita, ketika masih seteru, diperdamaikan dengan Allah
    oleh kematian Anak-Nya, lebih-lebih kita, yang sekarang telah
    diperdamaikan, pasti akan diselamatkan oleh hidup-Nya!
    Pertama: Kita DIBENARKAN.
    Oleh karena dosa, kita seharusnya dihukum
    mati, dikenai murka Allah. Tetapi karena Yesus menggantikan posisi
    kita, maka kita dibenarkan. Kita tidak lagi di bawah penghukuman.
    Kita berada di bawah anugerah (Roma 8:1).

    Kedua: Kita DISELAMATKAN dan PASTI selamat.
    Beberapa waktu yang lalu, ada
    orang terkenal meninggal dan beberapa pemimpin agama menyerukan doa
    supaya arwahnya diterima di sisi Tuhan. Mereka belum yakin kalau
    tidak didorong oleh banyak doa, orang itu tidak selamat. Tetapi bagi
    orang Kristen, keselamatan dalam Yesus adalah pasti. Bukan
    mudah-mudahan, atau moga-moga. Di dalam iman kepada Yesus Kristus
    yang mati dan bangkit.

    Ketiga: Oleh penyaliban Yesus, kita dibenarkan, tidak dihukum.
    Kita memperoleh anugerah keselamatan. Dan kita, umat manusia yang
    percaya, DIPERDAMAIKAN dengan Allah.

    Oleh sebab itu,
    kita mesti bersyukur untuk pengorbanan Yesus di Golgota.

    Selamat Memperingati Hari PASKAH!
    Puji Tuhan! Haleluya!

    Monday, 6 April 2009

    sahabatPPK KB *"BARU"*










    Puji Tuhan, tahun ini kita ada lagi satu PPK baru, "PPK Kota Belud", mereka memulakan persekutuan pada bulan Febuari setelah retreat AJK sahabatPPK yang lalu. haleluya... Mari kita sama2 doakan agar PPK mereka terus maju dan berkembang untuk kemuliaan Tuhan.

    Thursday, 2 April 2009

    Sifat-Sifat Seorang Sahabat Baik

    sumber: Pola Hidup Kristian oleh Adrian Rogers

    Orang yang mempunyai sahabat baik dan merupakan sahabat baik bagi orang lain sesungguhnya adalah orang yang sangat kaya dan puas. Persahabatan yang baik seharusnya menunjukkan ciri-ciri seperti berikut ini :
    1. Persahabatan yang baik tidak mementingkan diri sendiri.

      Amsal 17:17 mengatakan bahwa, "Seorang sahabat menaruh kasih setiap waktu." Kerana itu persahabatan sejati tidak didasarkan pada syarat- syarat yang berubah-ubah. Ada orang-orang yang berkata, "Saya akan menjadi sahabatmu jika, atau apabila, atau sampai, atau karena." Semua ini adalah syarat-syarat dan syarat boleh berubah. Tetapi sahabat sejati mengasihi setiap waktu. Seorang sahabat yang berkata, "Aku mengasihimu jika" atau "Aku mengasihimu bila" bukan sahabat seperti yang dilukiskan oleh Alkitab. Sahabat sejati akan berkata, "Aku mengasihimu setiap waktu. Kasihku tidak bersyarat dan tidak mementingkan diri sendiri."

    2. Persahabatan sejati bersifat teguh.

      Kembali Amsal 17:17 berkata bahwa, "Seorang sahabat menaruh kasih setiap waktu." Sebuah penerbitan Inggris menawarkan hadiah bagi orang yang memberikan definisi terbaik tentang persahabatan. Sebuah definisi yang tercantum dalam sayembara terhormat itu adalah: "Seorang sahabat adalah orang yang menambah sukacita kita dan membagi kesedihan kita." Definisi lain berbunyi, "Seorang sahabat adalah orang yang mengerti kita." Tetapi definisi yang memenangkan hadiah dalam sayembara itu adalah: "Seorang sahabat adalah orang yang masuk pada saat dunia keluar." Betapa benarnya definisi ini! Jika Saudara ingin sungguh-sungguh mengetahui berapa banyak sahabat yang Saudara miliki dan siapa mereka, buatlah kesalahan dan lihatlah apa yang terjadi. Setelah Saudara mengetahui kesulitan, cuba lihat berapa banyak kawan Saudara yang masih setia kapada Saudara. Persahabatan sejati itu teguh.

    3. Persahabatan sejati bersedia berkorban.

      Amsal 18:24 berkata, "Ada teman yang mendatangkan kecelakaan, tetapi ada juga sahabat yang lebih karib daripada seorang saudara." Persahabatan sejati itu mahal, tetapi memang sepadan dengan nilainya. Kata Indian untuk sahabat berasal dari sebuah kata gabungan yang berarti "orang yang memikul kesusahanku pada bahunya." Jadi kalau saya ingin menjadi sahabat, saya harus hidup dengan bersedia berkorban bagi orang yang menerima persahabatan saya.

    4. Persahabatan sejati bersifat menyucikan.

      Amsal 27:17 berkata, "Besi menajamkan besi, orang menajamkan sesamanya." Seorang sahabat sejati akan menjadikan Saudara orang yang lebih baik. Persahabatan sejati membuat hidup Saudara lebih maju, mempertajam kecerdasan Saudara dan membuat Saudara lebih giat. Saudara akan menjadi orang yang lebih baik dan lebih berguna karena persahabatan itu.

    Persahabatan sejati tidak akan menumpulkan pengaruh Saudara atau menumpulkan kerohanian Saudara. Seorang sahabat sejati adalah orang yang cukup peduli sehingga ia akan menegur bila Saudara salah. Alkitab berkata dalam Amsal 27:6, "Seorang kawan memukul dengan maksud baik, tetapi seorang lawan mencium secara berlimpah-limpah."

    Sanjungan bukan persahabatan. Orang yang suka menyanjung sama dengan orang munafik. Seorang munafik mengatakan di belakang Saudara apa yang tidak akan dia ucapkan di muka Saudara, tetapi seorang penyanjung mengatakan di depan Saudara apa yang tidak akan ia katakan di belakang Saudara. Seorang sahabat sejati sebaliknya, ia bersifat jujur terhadap Saudara dan terhadap orang lain.

    Wednesday, 1 April 2009

    Jagalah Hatimu

    sumber: gembalaku.blogspot.com

    Hati yang Rosak
    “Ah.., berbohong itu sudah jiwa kita, biasalah kawan, jangan telampau serius bah.”

    Inilah kecenderungan dari hati kita, ia berusaha menyembunyikan seluruh kebenaran dan memaksa mulut untuk mengatakan seluruh kebohongan.

    Katakanlah, lidah bercabang lahir dari hati yang bercabang. Bukankah manusia merancang apa yang jahat dari dalam hatinya! Memang, kerana manusia berdosa memiliki natur hati yang suka kepada dosa.

    Ada satu cerita, suatu hari, si Kalajengking mau menyeberang Sungai, lalu dia meminta pertolongan kepada si Katak, tetapi Katak berkata, “nanti kamu akan membunuh saya dengan racunmu.”

    Tetapi Kalajengking berjanji tidak akan melakukan benda yang bodoh itu, lalu Katak membawa Kalajengking, di tengah Sungai Kalajangking menucukkan racunnya.

    Si Katak Berkata, “kalau saya adalah kamu, saya tidak akan melakukan perkara bodoh ini, akhirnya kita berdua akan mati,”
    lalu Kalajangking berkata “aku tidak dapat menahan diriku, aku adalah kalajengking.”

    Barangkali, kita seperti Kalajangking itu, “mengapa berbohong? Aku tidak dapat menahan diriku, aku adalah manusia berdosa.”

    Dosa telah merasuk hati manusia, dan menguasainya, sehingga manusia mengidam makanan yang bernama dosa. Inilah reality hati manusia yang telah berdosa.

    Dapatkah kita keluar dari ikatan dosa ini?


    Jagalah Hatimu

    Menjaga hati bukanlah tugas yang mudah, kerana ia mudah terdedah dengan pengaruh-pengaruh yang buruk.
    Segala sesuatu yang kita dengar, yang kita fikirkan, akan mempengaruhi hati kita. Seberapa banyak fikiran jahat yang kita serap, dapat membuat hati kita bersifat jahat. Kerana itu, berhati-hatilah, menyerap segala informasi disekitar kita.

    Alkitab menyatakan, “jagalah hatimu, kerana dari situ terpancar kehidupan.” Salah satu cara untuk menjaga hati kita, adalah memasukkan sebanyak mungkin ajaran Alkitab ke dalam fikiran dan hati kita.

    Dengan demikian prinsip-prinsip Alkitab akan menguasai hati kita dan mempengaruhi cara hidup kita di dunia ini. Apakah informasi yang selalu kita serap masuk ke dalam hati kita?

    Informasi tersebut akan terlihat dalam sikap hati kita terhadap hidup ini atau pun terhadap interakasi kita dengan orang lain.

    Seperti air mencerminkan wajah, demikianlah hati manusia mencerminkan manusia itu sendiri.

    Sunday, 29 March 2009

    Kem SahabatPPK Likas {27-29 Mac 09}









    Tema: "Menjadi yg Terbaik"
    Tarikh: 27-29 Mac 2009
    Jumlah Peserta: 19 orang
    Menerima Hidup Baru dalam Kristus: 10 orang
    Dibimbing: 19 orang

    Monday, 16 March 2009

    Kem sahabatPPK Kolombong



















    Tema: "Hatimu Untuk Siapa"
    Tarikh: 13-15 Mac 2009
    Jumlah Peserta: 44 orang
    Menerima Hidup Baru dalam Kristus: 32 orang
    Dibimbing: 35 orang

    Amsal 4:23
    "Jagalah hatimu dengan segala kewaspadaan,kerana dari situlah terpancar kehidupan"

    Menurut firman Tuhan, hati adalah pusat membuat pilihan dan keputusan.kata-kata ini dapat digambarkan oleh ungkapan ini, "kata hati,kata mata mesti selari,.."Dari mata turun ke hati." sebagai contoh,hidangan yang sedap dipandang mata,tapi bila hati berkata tidak maka ianya tidak akan masuk ke mulut.

    Oleh itu..Hati mu untuk siapa?... Bila hati dikuasai oleh keinginan sendiri,maka akan banyak kejahatan yg akan tertonjol dalam diri kita. Namun.. bila hati mu diserahkan kepada Tuhan Yesus Kristus..Hati yg hancur sekali pun dapat disembuhkan.

    Kiranya berkat dan suka cita dari Dia menyertai kita semua...

    Thursday, 12 March 2009

    Jawaban atas Persoalan...

    Soalan asal saya kira-kira seperti ini, apakah tarian/lagu Poco-Poco (lirik rohani) boleh di nyanyi atau di tari di gereja atau dalam pertemuan2 rohani (Kem/KKR/dsb)?...

    Seorang rakan pelayanan kita, menjawab seperti berikut, kita renungi bersama:-

    Dear Bro.Razleh,

    Perkembangan budaya dan teknologi sangat mempengaruhi umat Kristiani. Dan tentunya kita sebagai umatNya harus dapat membedakan, mana yang berkenan kepadaNya dan mana yang tidak.

    Dalam 1 Korintus 10:23 dikatakan bahwa:
    "Segala sesuatu diperbolehkan." Benar, tetapi bukan segala sesuatu berguna.
    "Segala sesuatu diperbolehkan." Benar, tetapi bukan segala sesuatu membangun.

    Ada 2 pertanyaan yang bisa kita tanyakan kepada diri kita sendiri, yaitu:
    1. Apakah hal itu berguna?
    2. Apakah hal itu membangun?

    Kita tidak perlu berdebat dengan orang lain (saudara seiman) mengenai apa yang terjadi. Tetapi biarlah kita tetap menjaga hati kita murni di hadapan Tuhan dan juga menjaga agar kehidupan kita tidak menjadi batu sandungan terhadap orang lain.

    Saya percaya bahwa Bro.Razleh dapat melihat apa yang Tuhan ingin lakukan dalam kehidupan Anda.
    Dan saya berdoa agar Anda dapat terus menjadi berkat bagi lingkungan Anda

    Tuhan Yesus memberkati.
    Riva
    www.PelitaHidup.com


    # Terima kasih atas jawaban dan dorongan saudara Riva, kiranya melalui pandangan ini kami lebih berhati-hati dan bijaksana melaksanakan setiap aktiviti/program pelayanan.

    Terima Kasih, Tuhan memberkati anda...

    bro.razleh

    Tuesday, 10 March 2009

    REMAJA & ETIKA KRISTIAN

    Shalom,

    Melalui topik ini Bro, mengharapkan agar anda sebagai remaja sekurang-kurangnya memahami dasar atau gambaran apa itu "Etika Kristian"

    Remaja hanya dikatakan sebagai remaja Kristian, jika remaja percaya dan mengundang Yesus dalam hati/hidupnya sebagai Tuhan dan Penyelamat peribadinya. Remaja Kristian tidak ada bezanya dari segi perkembangan biologi, mental, emosi dan moral berbanding dengan remaja lain. Perbezaannya, remaja Kristian sudah mempuanyai panduan/peta yang ABSOLUTE (mutlak) bagaimana harus menjalani kehidupan, bukan sahaja sebagai remaja tetapi sepanjang hayat kehidupan.

    Bukan perkara senang untuk mengikut standard Kristian. Manusia di semua peringkat umur lebih senang melakukan perkara yang memuaskan hati dan nafsu. Oleh itu sebagai remaja Kristian yang belum mempunyai cukup kematangan dari segi perkembangan sasiah dan Rohani. Kebergantungan terhadap pimpinan Roh Kudus adalah perkara mandatori. Tanpa Yesus, tanpa pimpinan Roh Kudus, remaja tidak kemana-mana, hidup lemah, tiada pengaruh, mudah putus asa, tidak bersemangat dan sebagainya.

    Apabila kita menyentuh tentang Etika dan Remaja Kristian, itu boleh disimpulkan bahawa remaja Kristian harus menjalani hidupnya setiap saat berlandaskan ajaran Kristus. Setiap penilaian, cara mengukur, menganalisis, meneliti, berfikir, mengambil keputusan, bertindak, berkalakuan, bercakap, membawa diri, berpakaian, memilih teman, bergaul, menggunakan masa harus berlandaskan set norma ajaran Yesus.

    Mungkin remaja bertanya, set norma yang mana satu?...
    Remaja harus membiasakan diri atau menjadikan tabiat membaca Alkitab sebagai kemestian dalam hidup. Alkitab bukanlah buku biasa, didalamnya terkandung peta kehidupan bukan sahaja semasa hayat tetapi juga selepas kematian (2 Timotius 3:16). Biasakan diri untuk mendengar Firman Tuhan, membaca buku-buku Rohani dan hadir dalam pertemuan Rohani. Ini sangat membantu membentuk keperibadian remaja.

    Ada beberapa pertanyaan yang perlu dijawab oleh Remaja Kristian:
    1. Adakah Etika Kristian masih releven di Era IT ini?
    2. Pada masa ini, apabila dipandang dari segi luaran, dapatkah remaja Kristian dibezakan dari remaja bukan Kristian?
    3. Sekiranya Etika Kristian dilanggar oleh remaja Kristian, apa akibatnya?
    4. Adakah remaja Kristian berani hidup mengikut Etika Kristian?
    5. Apakah pandangan Etika Kristian tentang berpakaian?
    6. Apakah pandangan Etika Kristian tentang makanan dan minuman?
    7. Apakah pandangan Etika Kristian tentang berpegang tangan/bercium/berpelukan dsb?
    8. Apakah pandangan Etika Kristian tentang homoseksual/lesbian?
    9. Apakah pandangan etika Kristian tentang meramal masa depan/horoscope/feng sui dsb?
    10. Apakah pandangan Etika Kristian tentang hiburan/muzik/move/majalah dsb?
    11. Benarkah kenyataan "Tidak ada salah atau benar, sekiranya anda rasa baik lakukan saja?"
    KESIMPULAN:
    Ingat!!!!.... Tanya pada diri sendiri
    "siapa yang MENANG hari ini saya atau YESUS?"


    Melalui pertanyaan ini, kita boleh mengetahui kedudukan kehidupan kita seharian bersama Yesus, adakah mengikut Etika Kristian atau sebaliknya.

    "MAN SEES YOU ACTIONS BUT GOD SEES YOUR MOTIVE" - Thomas A Kempis

    "MATURITY DOSEN'T COME WITH AGE, IT COMES WITH ACCEPTANCE OF RESPONSIBILITY" - Ed Cole

    I Love You ALL

    Saturday, 7 March 2009

    Sahabat Sejati...

    Pengalaman bersama teman-teman kadang kala melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.

    Persahabatan sering menghadapi pelbagai cobaan, tetapi
    persahabatan sejati boleh mengatasi cobaan itu bahkan bertumbuh bersama kerananya…

    Persahabatan tidak terjalin secara otomatik tetapi
    memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.

    Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak,
    namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.

    Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan
    untuk menghindari perselisihan, justru karena kasihnya
    ia memberanikan diri menegur apa adanya.

    Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman,
    tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan
    dengan tujuan sahabatnya mau berubah.

    Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha
    pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita
    memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi
    mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih
    dari orang lain, tetapi justru ia beriinisiatif memberikan
    dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.

    Kerinduannya adalah menjadi bagian dari kehidupan sahabatnya,
    karena tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis.
    Semua orang pasti mahukan sahabat sejati,
    namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
    Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya.

    Beberapa hal seringkali menjadi penghancur persahabatan antara lain :
    1. Ketidakterbukaan
    2. Kehilangan kepercayaan
    3. Perubahan perasaan antara lawan jenis
    4. Ketidaksetiaan.
    Tetapi penghancur persahabatan ini telah berhasil dipatahkan oleh sahabat-sahabat yang teruji kesejatian motivasinya.

    Renungkan :

    **Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga
    dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri

    “Dalam masa kejayaan, teman2 mengenal kita.
    Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman2 kita.”**


    Sahabat sejati... (Amsal 17:17)

    "Seorang sahabat menaruh Kasih setiap waktu dan menjadi seorang saudara dalam kesukaran"



    Friday, 6 March 2009

    Latihan Dasar di PLGP Melangkap KB










    Latihan Dasar pada 2-5 Mac 2009 di PLGP berjalan dengan baik, semua pelatih seramai 48 orang yang terdiri daripada angkatan 10 dan 12 mengikuti latihan ini. Menurut pengetua PLGP, ia sangat penting sebagai persiapan kepada para pelatih sebelum keluar praktikal pelayanan ke sidang-sidang setempat.

    Sepanjang latihan para pelatih, mengikuti dengan penuh bersemangat sekali ini membuatkan saya (bro.Razleh) dan Ps. Andrew yang menjadi fasilitator, sangat enjoy bersama-sama mereka. Terima kasih untuk semua, Tuhan memberkati,

    kata mereka...
    "Jadilah hamba Tuhan yang Mantap, Bergaya dan Berhasil bagi kemuliaan-Nya"