Monday, 29 December 2008
Tuesday, 2 December 2008
Sunday, 9 November 2008
Teknik hadapi EXAM
PERSEDIAAN MENTAL
Malam Peperiksaan
Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.
Pagi Sebelum Peperiksaan
Jangan lupa ambil sarapan pagi
Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.
MEMULAKAN PEPERIKSAAN
Dengar arahan pengawas peperiksaan.
Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
Lihat semua soalan.
Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.
MENJAWAB SOALAN
Soalan Objektif
Bahagikan masa untuk setiap soalan. Contohnya Bahasa Melayu Kerta 1 (bilangan soalan ialah 60, masa diperuktukan 1 jam 30 minit). Oleh itu masa menjawab 1 soalan ialah 1 minit 30 saat.
Baca soalan dengan teliti. Kesankan perkataan BENAR, TIDAK BENAR, MELAINKAN, KECUALI dan sebagainya.
Lihat semua pilihan jawapan. Tandakan (x) untuk jawapan yang anda pasti salah. Jawapan yang tinggal adalah jawapannya.
Pastikan jawapan ditanda pada petak yang betul.
Jawab soalan yang mudah dahulu. Tandakan soalan yang belum dijawab. Setelah siap, kembali semula kepada soalan susah yang ditinggalkan. Jika masih tidak boleh, tandakan jawapan yang anda rasa yakin.
Jika ingin mengubah jawapan, padamkan dengan bersih dan tandakan jawapan baru dengan elok. Jangan menanda dua jawapan pada satu soalan.
Soalan Esei
Pilih soalan yang paling banyak isi
Kenalpasti bentuk soalan seperti :
BENTUK SOALAN
PENERANGAN
Huraikan
penerangan terperinci dan jelas
Bincangkan
kemukakan kebaikan dan keburukan serta kesan-kesan
Ertikan
maksud yang jelas tentang sesuatu istilah
Namakan
tulis nama-nama tertentu atau label
Bandingkan
faktor yang sama dan tidak sama
Bezakan
faktor yang tidak sama
Jelaskan
terangkan supaya mudah difahami
Definisikan
takrif tentang istilah/frasa dan bagaimana keistimewaan dapat diaplikasikan
Kritik
penilaian dan pendapat tentang kebaikan sesuatu fakta atau teori dan bincangkan dengan bukti-bukti sendiri
Analisiskan
idea utama, pertalian dan anggapan serta kepentingan
Ilustrasi
rajah atau carta untuk menerangkan sesuatu
Mulai menjawab dengan tenang
Jawab semua soalan yang ditetapkan.
Panjang jawapan adalah berdasarkan isi dan masa yang ditetapkan. Jawapan tidak dinilaikan berdasarkan panjang atau pendek esei tersebut tetapi isi dan hujah yang bernas.
Jawab soalan mengikut masa yang ditetapkan. Setiap soalan mestilah seimbang.
Selalu merujuk kepada soalan ketika menjawab supaya jawapan anda tidak menyimpang dari tajuk.
Setelah selesai menjawab, luangkan sedikit masa untuk menyemak. Pastikan nombor soalan yang ditulis adalah betul. Semak ejaan, ayat dan maklumat lain yang tidak jelas.
Tulisan mestilah jelas, kemas dan mudah dibaca.
Tulisan yang jelas membantu menaikkan 'impression' markah.
Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan.
Selamat Menghadapi Exam Tuhan Memberkati Anda...

Thursday, 30 October 2008
Thanksgiving Sahabat PPK Bandaraya 2008
Sambutan Thanksgiving PPK Bandaraya tahun ini tetap meria sekali walaupun sedikit saja ahli yang datang, mungkin pada ketika ini musim hujan atau ada yang balik kampung sempena cuti dewali. Terima kasih atas sokongan dan komitmen guru-guru dan pelajar yang begitu setia dan aktif dalam pelayanan PPK sepangang tahun ini, Terima Kasih Tuhan Memberkati anda...
Natal Misi Sahabat PPK Tandek
Natal Misi Sahabat PPK Tandek yang di adakan pada 25-26/10/2008 yang lalu, berjalan lancar. Tahniah kepada SahabatPPK Tandek dan kerjasama para Pastor di SIB pekan Tandek yang berkerja keras untuk menjayakan program ini. Hasilnya ada 250 pelajar yang datang dan 70 orang menerima Yesus. Terima Kasih atas sumbangan dan doa-doa rakan-rakan pelayanan.
Subscribe to:
Posts (Atom)