Thursday 30 October 2008

Thanksgiving Sahabat PPK Bandaraya 2008

Sambutan Thanksgiving PPK Bandaraya tahun ini tetap meria sekali walaupun sedikit saja ahli yang datang, mungkin pada ketika ini musim hujan atau ada yang balik kampung sempena cuti dewali. Terima kasih atas sokongan dan komitmen guru-guru dan pelajar yang begitu setia dan aktif dalam pelayanan PPK sepangang tahun ini, Terima Kasih Tuhan Memberkati anda...








Natal Misi Sahabat PPK Tandek


Natal Misi Sahabat PPK Tandek yang di adakan pada 25-26/10/2008 yang lalu, berjalan lancar. Tahniah kepada SahabatPPK Tandek dan kerjasama para Pastor di SIB pekan Tandek yang berkerja keras untuk menjayakan program ini. Hasilnya ada 250 pelajar yang datang dan 70 orang menerima Yesus. Terima Kasih atas sumbangan dan doa-doa rakan-rakan pelayanan.







Kem Sahabat PPK Tamparuli


Kem PPK tamparuli ini diadakan pada 4-5 Julai 2008 yang lalu, ada 125 orang peserta yang hadir. Melalui kem ini 109 yang dibimbing, 16 mengikuti kelas penginjilan dan 98 orang yang berdoa terima Yesus. Puji Tuahn...

Friday 17 October 2008

Misi Sahabat PPK Bandaraya 2008




Sahabat PPK Bandaraya komited mengajak sahabat-sahabatnya tetap fokus kepada study, tetapi pada masa yang sama mereka juga mempastikan mereka connected dan selalu online dengan Tuhan.
Kami sudah, PPK anda bagaimana?...







Pertemuan Sahabat PPK Bandaraya 2008

Tuhan telah menjawab doa kita, ada seorang ahli PPK sesi petang PPK telah membawa kami untuk mengadakan pertemuan dirumahnya, setelah guru penasihat PPK berbincang dengan ibunya ternyata ibunya begitu gembira dan senang sekali. Puji Tuhan, kerana memberikan tempat yang sangat strategik, sekarang, sesi pagi dan petang boleh datang ke PPK.










Inilah situasi Sahabat PPK Bandaraya di Gereja SIB Menggatal, hanya sesi pagi sahaja yang datang kerana tempat ini jauh, sesi petang tidak sempat untuk mengikutinya. Berdoalah agar ada tempat yang lebih strategik...










Kami mulakan pertemuan Sahabat PPK Bandaraya pada tahun ini di Gereja Methodist Menggatal. Terima kasih kepada Ps. Navi kerana begitu memahami dan perihatin akan PPK, Tuhan Memberkati anda...

Wednesday 15 October 2008

Kem Misi PPK Tempasuk














Sempena Cuti PMR, ahli PPK T mengambil kesempatan mengadakan kem Misi di Kg. Sarang bersama 34 orang peserta. Tujuan utama kem ini ialah Motivasi dan Doa Berkat Exam PMR/SPM/STPM.

Kami bersyukur kerana ada Sahabat PPK seperti ini yang berjaya merancang dan melaksanakan program seumpamanya tanpa banyak bantuan dari staf, hanya melalui telefon/SMS/Email dan semuanya berjalan lancar.

Puji Tuhan!... Terima Kasih atas sokongan dan doa-doa anda untuk Pelayanan Pelajar, kami percaya ini adalah berkat pelayanan dan doa kita semua.

Tahniah dan Syabas untuk Sahabat PPK Tempasuk, Tuhan Memberkati...

Wednesday 8 October 2008

saya dicipta untuk Dia...

Tuhan menciptakan manusia bukan supaya manusia hidup dan berbuat sekehendak hatinya.Tuhan menciptakan manusia supaya manusia tahu, ia harus memuliakan Tuhan Pencipta. Inilah tujuan kita diciptakan, tujuan kita ditebus.Tuhan mau kita kembali kepada asal. Tuhan mau kita hidup dalam arah yang benar.

Berapa banyak orang yang mempunyai arah hidup yang salah?
Berapa banyak orang yang mempunyai suara yang bagus tetapi tidak memakai suara itu untuk Tuhan?
Berapa banyak orang yang namanya kristian tetapi menyanyi di kelab malam?
Berapa banyak orang yang namanya anak-anak Tuhan tetapi menyanyi untuk memuja hawa nafsu?

Di sinilah letak perbedaan antara anak-anak Tuhan dan mereka yang tidak mengenal Tuhan. Bagi anak-anak Tuhan, bakatku berasal dari Tuhan, uangku berasal dari Tuhan, kesehatanku berasal dari Tuhan.

Berapa banyak orang yang dalam hal ini pun tidak mengerti! Mereka mengatakan, bakatku dariku, kepintaranku dariku, semua sukses dariku, segala keunggulanku adalah karena aku lebih dari orang lain.Tetapi kesadaran jangan berhenti di situ saja. Kesadaran itu harus mengarahkan kita kembali kepada Tuhan.

Kalau bakatku, suaraku, kesehatanku, berasal dari padaNya; kalau segala sesuatu yang baik dalam hidupku berasal dari padaNya, apakah yang seharusnya aku perbuat?Memakai semuanya untuk kemuliaan Allah! Kesadaran itu membawa kita bukan hanya ingat akan sumber, tetapi kembali berarah kepada sumber.

Stephen Tong

Tuesday 7 October 2008

Apa nak jadi?...

Tadi, saya bersama counsins saya pergi KK. Dipendekkan cerita, saya terasa seperti ingin mengongsikan sesuatu bersama anda yang mungkin boleh kita jadikan sebagai renungan...

Hati saya terasa sebak tatkala melihat ramai anak-anak muda sekarang yang semakin jauh dari landasan yang sepatutnya. Rasanya jika dilihat mungkin umur baru setahun jagung bak kata orang, tapi berkelakuan tidak senonoh di khayalak ramai. Faham-faham sajala... Saya pula yang malu apabila tertonton drama sebegitu.

Apa nak jadi? Ada pula yang masih muda remaja belasan tahun sudah memboyot perutnya.. Pula tu, pakai lagi pakaian yang sendat-sendat... Kasihan bayi di dalam... Oppss... Sendiri mau ingat la... Apa nak jadi? Sudah tau diri sendiri mengandung, janganlah merokok..

Haisssh... Ok, ini lain pula ceritanya. Bila sudah ada anak, jadilah role model kepada anak-anak. Jangan anak-anak di belakang bersusun ikut dari belakang tidak terjaga, ibu-bapa di depan jalan berlenggang. Terkedek-kedek anak-anak yang pakaiannya comot, mukanya kotor, tidak terurus langsung, ikut di belakang. Dah tau tak dapat nak jaga anak, fikir2kanla sebelum mendapatkannya. Kalau tidak jangan marah jika orang cakap "pandai saja buat tapi tak pandai jaga" malu tau...

Apa nak jadi? Apa nak jadi? Fikir2kanlah..

Angie's blog

SURVIVOR CAMP PPK UMS [27-29 Sept '08]