Monday 27 July 2009

KAYA TETAPI TERNYATA TIDAK BAHAGIA


1. KEMATIAN mengejut Raja Pop Michael Jackson, tidak hanya masih menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini, tetapi pada masa turut mendedahkan hakikat mereka sebagai kelompok insan yang memiliki segala-galanya - nama, populariti, kaya tetapi ternyata tidak bahagia.

2. Ya, penyanyi berusia 50 tahun itu sememangnya popular, mempunyai jutaan peminat di serata dunia tetapi di saat-saat akhir kematian, Jackson lebih dikenali sebagai insan sengsara yang bergelut dengan masalah hutang dan kesihatan. Selepas kematiannya, nilai hartanya yang tersenarai dalam wasiat mencecah lebih RM$500 juta (RM1.7 bilion) dan diletakkan di bawah Amanah Keluarga Michael Jackson untuk tiga anak, ibu dan badan kebajikan yang dirahsiakan.

3. Siapa sangka, di sebalik kehebatan aksinya di pentas, Jackson adalah insan yang kesunyian. Hati dan jiwanya lara dengan lebih banyak kisah kontroversi dirinya mengakhiri detik-detik terakhirnya. Sumber: Berita harian

4. Renungan : Di dalam hati manusia ada satu kekosongan yang tidak dapat dipuaskan oleh apapun ciptaan di dalam dunia ini, kecuali oleh Tuhan Yesus.

Tuesday 21 July 2009

Jom Ikut!...

Kem Motivasi
Khas utk mereka yang akan menduduki exam PMR/SPM/STPM 2009 sahaja...

Tarikh: 31 Julai - 02 Ogos 2009

Tempat: Pusat Perikanan Sabah, Tirayung Tuaran

Yuran: RM10.00 seorang


Penyertaan dihadkan kepada 50 orang sahaja, siapa cepat dia dapat!...

* Pengangkutan: Tidak di sediakan (PPK urus sendiri atau datang sendiri)

info lanjut: bro.Win o14-8423594 atau Cikgu. Tuni 019-822 9255