Sunday 14 November 2010

Save, Invest for the Future

Friday, November 05, 2010
by Rick Warren
Wise people live in wealth and luxury, but stupid people spend their money as fast as they get it. Proverbs 21:20 (TEV)
There is a question you can ask yourself that will help you save more money: "Do I really need this?"
If you want God's blessing on your finances, you must learn to save and invest for the future. The Bible says a lot about making financial investments.
In fact, you can see that Proverbs 21:20 is God's IQ test! Let's see how smart you are: wise people save for the future, but foolish people spend whatever they get.

Would it surprise you to know that in Japan, the average savings is 25% of their income? The average European saves 18%. Yet, last year Americans spent 1% more than they made. Many people in retirement are going to be dirt poor because they didn't start saving early enough; they didn't practice the principle of investing in the future.
Now, there is a question you can ask yourself that will help you save more money. It's real simple. When you get ready to buy something ask yourself, "Do I really need this?" And then be honest enough to tell yourself.
For instance, do I really need a new car? Well, I know I'd like it. But, do I really need a new car? Do I really need this upgrade? I know I'd like it, but do I really need it?
A fundamental financial principle is this: when you spend your money, it's gone. Yet, when you save your money, your money works for you. The problem with most of us is that we work for our money instead of letting our money working for us. If you'll do it God's way, you can get out of debt and you can be blessed.
The Bible teaches that, when money comes easily, it disappears quickly, but money that is gathered little by little will grow. "Wealth from get-rich-quick schemes quickly disappears; wealth from hard work grows over time." Proverbs 13:11 (NLT)
Many people think, 'Because I can't save a lot, I just won't save.' But it's not about the amount you save. It's the consistency of saving. It adds up little by little.
So you pay God first and you pay yourself second. When you save, you are making your money work for you.

Sunday 3 October 2010

Apa yg anda dpelajari dlm PPK - sesuatu yg benar2 memberkati dan memberi kesan dlm hidup anda? dan apakah harapan kpd kwan2/ahli PPK yg lain?...

PPK (Persekutuan Pelajar Kristian) merupakan salah satu Pelayanan Pelajar Sabah Campus Crusade for Christ yang komited MENJANGKAU > MEMURID > MELATIH dan MENGUTUS para remaja bagi Kristus.
(NO Editing)

Lurve Leyley October 10 at 10:31pm
TRANSFORMASI??..

Semua org pasti menginginkn pembaharuan dlm setiap dri masing2..begitu jg dgn saya yg menginginkn satu pembaharuan dlm diri saya..spt yg dikatakn oleh pst.Ong,kita hrus mempunyai transformasi dlm dri..jgn jd sotong2.nt matoi,toi,toi..baru2 ini,sya merasakn yg sya memperoleh satu pembaharuan dlm dri setelah mengikuti 1 aktiviti yg dianjurkn oleh Campus Crusade for Christ di Pagalungan iaitu Kem Motivasi Remaja..segala tingkah laku,pertuturan dan pemikiran saya menjadi baru..sya mula sedar mengenai sikap buruk sya yg tdhulu dn sy mcuba utk memperbaikinya skng..perkataan kotor yg slalu keluar dr mulut dpt dikurangkn..sya jg mempunyai keberanian utk menegur kwn2 sya.sblm ini,sya tdk prnh menegur kwn2 jika mlakukn ssuatu yg slh bg sya..sya hnya mbiarkn..
Mengenai pcintaan,sya mula sedar yg sya sharusnya mcari seseorg yg sesuai,yg seiman dgn sya.dlm ceramah ckg Rigan dlm ceramah Cinta vs Cita2,sya mdpt 1 pengajaran bhwa kita hrus mcari pasangan yg seiman...skng ini,sya dpt merasakn kasih Kristus mengalir dlm diri sy,dpt mrasakn betapa indahnya kasih Kristus..bg sya,sebelum sya merasakn kasih duniawi,biarla sy mrasakn tlebih dahulu akan kasih Kristus krna sya pcya kasih-Nya bkekalan bbanding dgn kasih manusia,.sya jg percaya,Tuhan psti mberi pasangn yg sesuai bg sya utk djadikn pendamping..
Tuhan tidak akan mbiarkn kita hdup sndrian.Kejadian 2:18....Sya sgt bsyukur krna dpt mengikuti aktiviti ini krna mlalui aktiviti inilah sy mrasakn sy memperoleh stu pbaharuan yg besar..SATU TRANSFORMASI!!terima kasih utk semuanya..GOd is gud,all the time and all the time,GOd is gud..God bless you!



Timuti Majitol October 6 at 1:21pm
1) Pada mulanya saya beranggapan bahawa PPK ini hanya sekadar persekutuan 'biasa-biasa' sahaja yang dihadiri oleh pelajar-pelajar dan hanya merupakan suatu aktiviti yang dapat mengisi masa lapang saya. Tetapi, setelah saya mengikuti PPK pada ketika itu, saya amat terdorong lewat daripada kesaksian dan firman Tuhan yang dikongsikan. secara tidak lansung, timbul dari dalam hati saya untuk datang kembali pada minggu hadapan dan minggu seterusnya.

Anggapan saya mengenai Persekutuan 'biasa-biasa' tersebut akhirnya bertukar menjadi luar biasa dan Tuhan berkerja dalam hidup saya, serta teman-teman yang lain. Saya mendapati bahawa walaupun saya pada ketika itu hanya seorang pelajar, tetapi Tuhan mempunyai rencana yang sangat indah untuk diri saya sehingga saya dapat membuat perkongsian firman Tuhan serta segala persoalan di dalam hati saya bersama-sama dengan teman lain malah dengan teman-teman yang baru di sekolah berlainan. Tuhan terus berkerja sehingga saya dapat merasakan bahawa banyak perubahan yang saya alami dalam hidup saya apabila saya terus di dalam pelayanan PPK.
Banyak perkara yang saya pelajari semasa di dalam PPK, dan antarnya ialah mengutamakan Tuhan Yesus dalam hati dan hidup kita. Setelah saya mengaplikasikan perkara tersebut dalam hidup saya, banyak persoalan seperti pelajaran, temann-teman di sekolah dan banyak perkara lain dapat di jawab malah saya sendiri dapat menolong teman lain untuk memberi pendapat, semangat serta dorongan dalam apa pun persoalan mereka..

Oleh sebab itu saya amat bersyukur kerna dapat mengambil peluang untuk bersama di dalam Persekutuan Pelajar Kristian yang lain dalam bernyanyi, belajar firman Tuhan, bersaksi kepada teman-teman lain mengenai Tuhan Yesus dan Banyak lagi... Yesus Kristus mengasihi kita semua... Amen..

2) Saya berharap kepada teman-teman untuk mengambil kesempatan dalam mengikuti persekutuan serta aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PPK kerana perkara yang dapat anda pelajari serta pengalaman indah bersama TUHAN YESUS yang anda tidak akan lupa sampai bila-bila.. Ingat la baahawa Dia sentiasa ada disamping kita dan tidak pernah meninggalkan kita. Tidak ada istilah 'sudah terlambat' atau 'Dia tidak mendengar doa saya' di dalam Yesus Kristus, tetapi apa yang Dia inginkan dari kita ialah terus percaya dan hati yang siap untuk diubah dn dipakai.. Terima kasih.. Enjoy in PPK friends! :)



Lecklyn Jackmino October 5 at 4:55pm BF
Shalom...
Apa kabar anak-anak Tuhan? Dahsyat, Hebat, Luar Biasa! Amen!
Saya rindu ini tagline. Mengingatkan saya ketika bersama-sama PPK Bandaraya. Sepanjang persekolahan di menegah, mengikuti PPK adalah pilihan terbaik saya. Walaupun pada awalnya, saya tidak bergiat aktif dalam PPK, namun teman-teman lain yang mengikuti PPK terlebih dahulu tidak putus asa untuk menarik saya supaya terlibat dalam aktiviti PPK. Tuhan memberkati mereka!
Penglibatan saya dalam PPK secara tidak langsung telah mengubah kehidupan, cara berfikir, bercakap dan yang penting sekali adalah sikap saya. Saya akui bahawa sebelum mengikuti PPK saya adalah salah seorang pelajar yang bermasalah. Kalau bukan dari aspek akademik,juga sosial. Tapi, kerana belas kasihan Tuhan, saya di murnikan dalam PPK. Perlahan-lahan, semua sikap atau attitude negatif yang saya miliki hilang. Setiap aktiviti yang saya ikut, menjadikan saya kuat dan mengenal Tuhan Yesus dengan lebih mendalam. Jujur saya nyatakan di sini bahawa saya telah memulakan pelayanan di dalam Yesus Kristus melalui PPK dan bukan di dalam gereja. Malah juga, sebelum mengikuti PPK saya sangat jarang pergi ke gereja. Boleh dikatakan, saya adalah Sunday’s Christian ataupun On/Off Christian.
Tapi, puji Tuhan, setelah mengikuti PPK saya mula aktif untuk ke gereja dan seterusnya melibatkan diri dalam pelayanan dalam gereja. Satu perkara yang paling menyerlah dalam penglibatan saya dalam PPK adalah saya mula mengenal bakat dan karunia saya untuk melayani Tuhan. Bukan saya saja, tapi semua teman-teman lain juga mengenal bakat masing-masing melalui PPK. Kalau saya dapat mengenali bakat saya dalam memimpin Pujian dan Penyembahan, kawan lain pula ada yang boleh bermain alat muzik, menari dan ada pelbagai karunia lagi. Menghadiri PPK adalah suatu pelayanan juga kerana setiap orang mempunyai kesempatan untuk melakukan sesuatu dalam PPK masing-masing walaupun hanya menyediakan makanan. Dalam PPK juga, saya dibentuk untuk menjadi seorang Pemimpin yang matang bukan saja dalam PPK tapi di luar PPK juga. Anugerah dan penghiburan terbesar bagi saya apabila ada junior PPK menjadikan saya sebagai model untuk melayani. Segala pujian dan kemuliaan hanya bagi DIA!
Kini, saya melanjutkan pengajian di tempat asing yang langsung tidak mempunyai persekitaran rohani yang baik. Malah pula,banyak tentangan yang saya hadapi di sini untuk memulakan Persekutuan seperti PPK. Walaupun sukar, namun, setia dan percaya di dalam Tuhan tidak pernah membawa kesia-siaan dalam hidup manusia. Akhirnya, setelah berdoa selama 7 bulan, saya dapat memulakan pelayanan bersama beberapa saudara seiman yang berasal dari tempat dan dinominasi yang berbeza. Malah, Bapa tahu segala keperluan kami dan Dia menjawab doa kami lagi dengan menghantar dua orang Pastor untuk membimbing serta melayani kami. Haleluyah!

Saudara seiman dalam PPK, mulakan pelayanan kamu. Kesempatan ini adalah percuma. Melalui PPK ada banyak persiapan yang Tuhan ingin lakukan di dalam hidup kamu sebelum Dia menghantar kamu ke tempat lain yang jauh dan tidak sama seperti tempat kamu sekarang. Tuhan ingin memakai kamu dalam rancangan-Nya yang indah kerana Tuhan berkenan dengan setiap anak-anak-Nya. dan jangan takut kerana Tuhan sentiasa menyertai kita. Dulu, sekarang dan selamanya, YESUS KRISTUS masih ALLAH yang sama dan tidak pernah berubah. Dia mengasihi kamu dan saya. Benarkan Yesus mengubah hidupmu. Amen!

Semoga diberkati.



abed@opie
Mon, Oct 4, 2010 at 12:03 AM
shaloommmm.. :0
prtama sekali.. sy mau berterima kasih kepada anda semua yg melihat komen yg sy berikan ini expecially kpada mereka yg bertungkus lumus mbina satu blog khas untuk pelajar2 kristian seluruh sabah mala seluruh malaysia ini. kalau bkan dengan pekerjaan tuhan, mgkin kita x akan pernah terfikir untuk mbuat benda baru seperti ini right?? hm...
apa yg sy maw kongsi dalam tajuk yg kita ingin bincangkan ialah...
first, APAKAH YG SY PELAJARI DALAM PPK ??
Apa yg saya pelajari dalam ppk ??
byk jwpan yg boleh saya berikan untuk mjawab soalan ini.. hehe.. sebelum tu, sy mau bertanya kepada mereka yg membaca komen saya nie.. adakah sepanjang kita mengikuti aktiviti PPK kita diajar sesuatu yg x baik ?? semestinya x kan ?? x taulah kepada mereka yg masih blum mengikuti aktiviti ppk nie.. hehe.. so.. in ppk, i hve learn many things that we dont know before tiz.. i hve learn a way to know reality of the world, what happen now in our place, or anywhere in tiz world... ppk also teach me to get something usefll in our life.. for examples, ppk teach me to be more independent in religion, brave to face the truth and always thnkfull to lord no matter what happen.. :)
ppk is the best way to know about kristian..
SECOND: Harapan kpd kwn2 PPk yg lain..
harapan sya sbagai seorang sahabat ppk seperti anda ialah, sya harap kita sama2 bersatu sebagai tentera kristus yg setia untuk membina tembok besar dalam hati kita supaya lebih setia untuk mengenal siapa diri kita di hadapan tuhan yesus kristus dalam kehidupan seharian kta.. :)
actually, many more things that i want to share with you all, but for this time, this is olny i can share to you all... :)
kalau ada kesilapan tulisan ataupun bahasa,.. saja harap semua tak marah k.. hehehe..
anyway... i love u all.. shout to the lord my friend !!!!
haleluyah !!
Mayzlyne Ley October 2 at 7:11am
hehe....sa b'syukyr kerna diberi kesempatan utk b'sharing...melalui ppk,sa benar2 diberkati dan diperkuatkan iman,,bahkan, membantu dlm pertumbuhan rohani sya... Dari mulanya sa x mengenali keperibadian Yesus dgn lbh dalam,,,dan sekarang sa tahu siap Juruselamat sya...
melalui ppk juga,mata sya dpt dibuka luas akan keperluan org lain..saat kita memuji dan menyembah Tuhan...ada lg tangan 2 dan hati2 manusia yg masih blm mengenal Tuhan..hal ini juga benar2 mengerakkan hati sya utk terus bekerja dan bekerja bg Tuhan...membritakan injil dan menyatakan kasih Tuhan...sya ingin trus mjadi terang dan garam bg dunia...bahka smpai sluruh dunia membuka hati bg Tuhan...
Bgitu besar pelayanan ppk dlm hdup sya..shingga skg sdh 5 thn sa melayani ppk dan shingga ini sya masih sungguh2 utk melayani dan memimpin sahabat2 sa dlm ppk... melalui ppk juga sya dpt melihat individu2 yg membesar d dlmnya,,hati mereka yg benar2 mengasihi Tuhan,sa jg sungguh diberkati oleh mereka,,,terima kasih..Tuhan memberkati.

My hope,,sahabatppk ini akan terus dpt membuka mata & hati mereka yang benar2 mengasihi Tuhan,,,kepada anak2 Tuhan,,teruskan penglibatan anda dlm ppk...jgn sangkut2 org bilang,,kerna Tuhan ingin menyatakan kemuliaanya bg anak2 di bumi,,,
Dan kerna ada tertulis "kerana itu,saudara2ku yg kekasih,berdiri teguh,jgn goyah,dan giatlah selalu dlm pekerjaan Tuhan! Sbab kmu tahu bahawa dlm psekutuan dgn Tuhan jerih payahmu x sia2"..hiduplah sebgai anak2 terang...hiduplah dijiwai oleh kasih sesamamu....tq heheheh...GBU

Aldridge azingere Jefferin





emm...terus terang la kn..haha...mlalui ppk...sy dpt lpas kan tekanan sy dgn melakukan pelayanan...dlu buka bible pun sy xtw..dr ppk sy dpt blaja byk pkra berkaitan kerohanian n jga mlalui ppk..sy dpt knal diri sy..sy jga dpt btemu dgn teman2 yg seiman dgn sy..xlupa jga sy dpt bimbingan dr ucl win..yg sy pndang sbagai seorang bapa..ppk jga bt sy lupakan n mgajar sy utk mgatasi n mghadapi masalah seharian sy terutama my family..d ppk jga membantu sy membuka mata sy utk mlihat dunia nie dgn cara yg btul..yg paling best...mmg time camp jga la..haha...sna sy dpt blaja utk hdup berdikari...wuhuhu...sy jda dpt blaja jd pemimpin wlupun sy bukanla seorang pengerusi yg bgus tp bole la...haha..
n hrapan sy utk generasi yg akan dtg nie...sy hrap kmu menghargai ppk n terus support ppk...n sy btul hrp stiap ahli ppk masing2 brusha utk bw lbih teman2 yg msih blum mgenal Tuhan dtg pg ppk..n bekerjasama la ...sy hrp sy dpt join lg kem yg akn dtg..mw jga tgo genrasi muda nie..hahaha...ok...hrp kesaksian sy nie dpt membantu teman2 len trus smangat utk mlayani d ppk n d luar ppk...AMEN HALELUYA..puji TUHAN..

Dommy Mohilap (Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang)
shalom semua...
mengenai kesaksian sy...em sy mula bertumbuh dlm kristus sjak mengikuti ppk tme form 4 lagi...itu pn dgn bantuan dan dorongan kawan baik sy."Aldridge"..mgkin klu sy x knal dia smpai skrng lar sy masih hdup dlm duniawi... ppk nie bagi sy ialah satu alat bantuan peribadi bgi setiap plajar..melalui aktivit2 ppk jg lar rmai pelajar dpt mendekati Tuhan dan mendalami kasih nya secara langsung... ppk sntiasa memberi dorongan kpada pelajar x kira lar dlm aspek rohani atau emosi..sy sgt besyukur krana di beri peluang utk mengenali ppk kerana hasil dripada smua itu byk perubahan tlah berlaku dlm diri sy...secara jujur ppk telah byk mengubah diri sy....semoga ppk ini trus di berkati dgn limpah berkat Kristus...amen :)





Molly – UPSI (September 25 at 1:13am by FB)
ok.. first of all.. sy bersyukur btl sbb di beri peluang utk shring.. hehe.. bnyk yg telah sy pelajari dalam PPK nie.. dr x mengenal keperibadian Yesus dengan lebih dalam, sekarang sy tahu siapa Tuhan sy.. siapa juruselamat sy dan siapa yg mengangkat dan menguatkan sy ketika sy lemah dan memerlukan tangan untuk mendokong sy.. secara peribadi d cni la iman sy teguhkan.. dan keperibadian sy juga d bentuk untuk mnjd sama spt Dia iaitu mempunyai hati yg melihat keperluan org lan, hati yg mengasihi, hati yg mengampuni dan rendah hati.. ya, memang sy percaya yg kita sudah mengenal bahkan menerima Kristus dengan sekian lama.. tp persoalannya apakah kita benar2 beriman kepada-Nya d saat kita mula menghadapi pelbagai rintangan, tekanan, masalah dan pergumulan..??? dan apakah hidup kita ini benar2 berkenan d hadapan-Ny?? dalam PPK nie la sy telah belajar untuk mengandalkan TUHAN dlm setiap msa.. dan menyerahkn hdup sy sepenuhny kpd TUHAN agar sntiasa mnyngkn-Ny.. ya.. memang jika kita mngandalkan TUHAN dlm hdup kita stiap msa.. apa yg mustahil bg manusia.. mugkin bg TUHAN..kerana tiada stu perkara pun yg mustahil bg TUHAN. Tuhan Yesus bukan Tuhan yg dpt di batasi oleh akal dan kelemahan manusia.. sy melihat Tuhan bekerja dalam stiap peribadi anak2-Nya dlam PPk nie.. siapa sgka hati yg keras boleh mnglirkn air mata dan menerima Tuhan Yesus sbg Than dn Juruslamt? siapa sgka org2 yg skit hati atau yg mempunyai kepahitan boleh mngampuni??.. betapa hebat dan dahsytnya Tuhan kita itu..!! haleluyah..

jd sy berharap agar kwn2 ppk yg lain tidak melepaskan peluang untuk mgikti ppk ini atau terus giat mengikuti PPk sbb d cni la TUHAN mahu menyatakan kemuliaan-Ny kpd kita dan mahu mmbntuk setiap peribadi anak2-Nya agar menjdi sempurna spt Yesus.. iaitu mempunyai hati Bapa.. karakter sepeti Yesus.. dan seterusnya menjadi terang dan garam bagi dunia.. kita adalah generasi yg dipilih-Ny utk menjadi impak kepada org yg ada d sekeliling kita.. so, marilah menjadi saksi Kristus d mna shja kita berada.. teruskan setia d dlm Kristus kerana d dlm Dia segala jerih payahmu tidak sia2.. Tuhan memberkati!!
September 25 at 7:01pm by FB
spanjang saya mengikut PPK ini byk yg sy bljr dan memang sgt diberkati..bukan saja dpt jmpa kawan baru tapi mlalui aktivTny juga serta playanan cmpus crusade. wlpn dalam kuantiti yg kecil saja PPk kmi,tp banyak pengalaman yg membina dr segi bagaimana mahu menjangkau jiwa2 d skolah@mendekati kawan2(saudara seiman)..sbb bukan smua kristian pun mengenal siapa itu Tuhan Yesus.jd waktu kita bawa2 org dtg,sy diberkati dorang pun sma2 diberkati dlm ppk..then yg syok sma2 1 skul.mcm ada satu ikatan yg membuat kami smakin rapat, dpt sma2 mempengaruhi sekolah mlalui iman@kesaksian kita. then dpt mendoakan skolah/pendidikny jg. then, sy dpt pengalaman bagaimana mau menjadi pemimpin mlalui kegiatan Ppk.byk la..dpt bljr menginjil lg,masuk kg kluar kg..hehe...

dtg jangan tak datang..hehe..sbb banyak aktiviti yg memberkati kita semua.lau xdpt dtg setiap kali prtemuan pun xpa ba..paham jg sibuk dgn komitmen len kn..tp sy xperna sesekali menyesal ikut PPKla. kesimpulanny: lau sy diberkati ikut PPK, pasti kmu pn bgtue(nikmati berkat TUhan sndiri,Join la PPk^.^)..

Clara Ishill Lae - Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu
September 26 at 11:32pm by FB
Mlalui ppk,iman sy btumbuh..biarpn sy aktf d gereja tetapi sy masi perlu kn sesuatu yg ble menumbuhkn iman sy..jga,mlalui retreat n kem yg sy ikut,Tuhan mbuka mata sy bhwa d luar sana msh byk lg org yg memerlukn kta..org2 yg msh tcari2 makna hdp n tujuan mereka utk hdp..ramai myangkakn bhwa giat aktif dlm ppk akn mggu pelajaran mereka..sbrnya tdk..semua itu dtg dr diri sndri..
Pmbhagian masa itu pnting...Tuhan mlihat sgala sesuatu yg kta lakukn..seseorg pnah mberkati sy dgn bkata,jerih payahmu x sia2..bkn saja dlm stdy,bahkn dlm pelayanan..sy mgikuti pelayanan ini sejak sy berumur !4tahun sehinggala skng..tp sy x merasakn ini satu bebanan melainkn ini satu keseronok0n dlm sy mcari Tuhan n mbawa org lain utk dkt dgnNya..jga,d sini kta akn jmpa rakan2 yg slg mberkati dn shbt yg sejati iaitu Yesus kristus..utk kwn2 yg lain...jgn bputus asa dlm playananmu..Tuhan x pernah mjanjikn hdp yg sng,x ada taufan,x ada badai,x ada onak dn durinya...tp Dia mjanjikn bhwa Dia akn myertai kta kemana pn anda akn pergi.. Jgn bputus asa dlm playananmu,jerih payahmu x sia2 dn bdoa la selalu utk mohon pimpinan Tuhan dlm playanan anda..jgn mudah kcewa dgn kehadiran yg x memuaskn,krana ktaka kta memuji Tuhan, bsama2 anda adalah malaikat d syurga yg turut serta memuji Dia..giat la terus dlm pelayanan ini,jadila terang dn garam dunia yg dpt menerangi org lain dn dpt mengasin hidup org lain...suport each other in prayer n Tuhan memberkati

Monday 20 September 2010

Aktiviti PPK - September 2010


Latihan Misi - Iran Beluran
16-18/9/2010
Peserta 66 orang, Mendengar berita Baik 71 orang, Menrima Yesus 35 orang



















KEM MOTIVASI REMAJA - PAROKI PAGALUNGAN PENSIANGAN
Peserta 87 orang
Fasilitator/AJK 20 orang
Terima Yesus 54 orang

Perjalanan menggunakan kereta dari Kota Kinabalu ke pangkalan Salung memakan masa kira-kira 6 jam. Dari Salung ke Pagalungan lokasi KMR, perjalanan di sambung menggunakan bot, mengambil masa kira 1jam di bawa terik matahari, perjalan memeang boleh tahan!... Namun dengan kerinduan hati untuk melayani para remaja di kawasan ini, pengalaman berada di sini bertukar menjadi adventure sukacita yang luar biasa, yang memang tidak boleh didapati di mana-mana. Semangat dan komitmen para Urusetia, Fasilitator, Motivator dan peserta tidak dibatasi dengan kemudahan yang terhad seperti kuasa elektirk, komunikasi, pengangkutan dan peralatan, walaupun sesekali bergelap kerana masalah generator tetapi segala aktiviti perkhemahan tidak terjejas langsung, semangat mereka memang luar biasa.

Dalam perkhemahan ini ada 87 orang remaja yang mendaftar sebagai peserta tidak termasuk urusetia dan fasilitator kira 20 orang, yang terdiri dari pada pemimpin belia, jemaat dan Pst/Pdt. Sepanjang perkhemahan ini para peserta telah diberi motivasi tentang Asas Iman yang benar, Takut akan Tuhan, Hidup Baru, Pengikut Yesus Sejati dan Bagaimana Bersaksi. Walaupun perkhemahan ini lebih menumpukan kepada pembelajaran Firman Tuhan tetapi kami juga selitkan Cabaran Explorace pada petang yang terakhir untuk memberi kelainan dan motivasi tambahan kepada peserta.

ini adalah sebahagian komen para peserta;

"Hebat, Dahsyat dan Luar Biasa.. Yes!, Yes, Yes...."
"kem ini mantap, lengkap dan syok...."
"Kami tidak puas, kem akan datang kasi 1 minggu"
"terima kasih Tuhan kerana melalui kem ini, saya memahami dengan lebih dalam tentang Asas Iman yang benar..."




Monday 30 August 2010

Aktiviti PPK - Ogos 2010

Persekutuan Doa & Motivasi PMR/SPM/STPM 2010

28 Ogos yang lalu PPK Telipok telah menganjurkan program ini, ada 40 orang pelajar yang datang, ceramah motivasi telah disampaikan oleh 2 orang pelajar terbaik SPM, bekas pelajar Telipok sendiri. Setelah selasai sesi motivasi kami telah memanggil setiap kumpulan yang mengambil Exam untuk datang di depan untuk didoakan secara khusus. Kami berdoa agar mereka tenang, fokus,sentiasa sihat, ada hikmat mengurus masa dan sentiasa dilindungi Tuhan.

Dalam program ini juga kami telah dikejutkan dengan kehadiran pengetua yang datang menyatakan perhatian, sokongan dan dorongan kepada para peserta, dia sangat-sangat mengharapkan agar para pelajar sungguh-sungguh memperhatikan iman mereka selain pelajaran “ apa guna kita memiliki semua pengetahuan, kemewaan dan harta di dunia ini tapi jiwa kita binasa... nanti bila jumpa Tuhan apa kita mahu jawab?...” katanya...


Gabungan Persekutuan Pelajar Kristian (PPK)– 14 Ogos 2010

Puji Tuhan dengan komitmen para pelajar kunci dan sokongan guru-guru yang memiliki beban terhadap pelayanan pelajar, program ini telah terlaksana dengan jayanya.

Dalam program ini, ada 130 orang yang hadir dari 7 PPK. Tujuan utama pertemuan ini adalah Penginjilan, Motivasi dan Doa. Hasilnya seramai 20 orang pelajar telah menerima Yesus buat pertama kali, manakala yang lain datang didepan minta didoakan agar tetap setia dan menjadi saksi Kristus di mana-mana.

Terima kasih atas doa dan sokongan anda dalam pelayanan pelajar.


Student Leaders Connection Retreat

Pada 7-8 Ogos 2010, seramai 20 orang pemimpin pelajar dari sekolah yang berlainan telah mengikuti retreat ini, selain mengukuhkan lagi visi mereka terhadap pelayanan pelajar khususnya bimbingan dan pemuridan, dalam retreat ini juga mereka telah dibimbing dalam membuat perancangan strategik sebagai tindakan susulan untuk dilaksanakan melalui Misi Persatuan Pelajar Kristian (PPK) di sekolah mereka masing-masing. Antara sasaran dan bahan doa utama yang diharap akan dicapai tahun ini ialah:

· Memuridkan semua AJK PPK

· Setiap AJK Membimbing 2 orang baru

· Mengenal pasti pemimpin pelapis PPK untuk tahun2011

Monday 7 June 2010

SURVIVOR CAMP 2010

Kejayaan menganjurkan SURVIVOR CAMP kali ini banyak dibantu oleh ministry partner yang terdiri daripada guru-guru pelajar dan PMM gereja setempat termasuk para penyumbang yang setia menyokong Pelayanan Pelajar. Perkhemahan ini telah menghimpunkan 105 peserta termasuk 16 orang Fasilitator. Tema perkhemahan kali ini adalah "Sahabat Sejati", tema ini bukan saja berbicara tentang bagaimana menjadi sahabat sejati antara sesama tetapi para peserta itu sendiri harus menjadi sahabat sejati kepada "Yesus" melalui perhubungan peribadi yang akrab dengan Dia.

Selain itu para peserta juga telah mengikuti 2 topik motivasi yang sangat memberkati dan mendorong sekali yang di sampaikan oleh Pstor Ong, iaitu "Dasar Iman" dan "Cinta Vs Cita-Cita". Melalui motivasi ini para pelajar diberi penjelasan dan jawaban yang benar berdasarkan ajaran Alkitab. Dan Bagi memeriakan lagi perkhemahan ini pihak penganjur juga telah menyediakan ruangan untuk aktiviti lasak iaitu satu acara wajib dalam perkhemahan SURVIVOR. Melalui aktiviti ini para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan bermain atas konsep "Team building".

Hasil daripada Perkhemahan ini ada 51 Berdoa terima Tuhan dan 31 yang bersedia untuk dibimbing. Puji Tuhan dan terima kasih atas sokongan rakan-rakan pelayanan.











Wednesday 19 May 2010

SURVIVOR CAMP 2010








Jom Ikut....
SURVIVOR CAMP 7

Start Time:
Wednesday, June 2, 2010 at 1:00pm
End Time:
Saturday, June 5, 2010 at 11:00am
Location:
SITTHIM CAMP TAMPARULI
Simpang Kimonsi
Jalan Kiulu Tamparuli

Motivator: Pst/Bro. Ong Boon Cheang
Tema: Sahabat Sejati
Peserta: Pelajar/Remaja Tingkatan 1-6
Yuran: RM30.00

Had Penyertaan:
100 orang sahaja... daftar cepat sebelum terlambat!

Aktiviti Menarik:
1. Survivor Games
2. Magic Show

Motivasi:
1. Sahabat Sejati
2. Cinta vs Cita-Cita
3. Dasar Iman

Informasi:
Dapatkan Borang di PPK Masing2
Hubungi/SMS bro.razleh 013-8716231


PENTING!...
Peserta diwajibkan mengisi surat akuan izin ibu bapa/penjaga.


Saturday 3 April 2010

KEM KEPIMPINAN PELAJAR

KEM KEPIMPINAN PELAJAR

Start Time:
Thursday, 27 May 2010
End Time:
Saturday, 29 May 2010
Location:
Rumah Cikgu Jacqueline, Kg. Lobou

Motivator: Pst/Bro. Ong Boon Cheang
Penganjur: PPK Bandaraya
Peserta: 5 orang, AJK setiap PPK
Yuran: RM10.00

Penyertaan:
Terbuka kepada semua PPK

Informasi:
Hubungi/SMS; Roslea 014-9587206 untuk dapatkan borang penyertaan.

PENTING!...
Peserta diwajibkan mengisi surat akuan izin ibu bapa/penjaga.