Monday 30 August 2010

Aktiviti PPK - Ogos 2010

Persekutuan Doa & Motivasi PMR/SPM/STPM 2010

28 Ogos yang lalu PPK Telipok telah menganjurkan program ini, ada 40 orang pelajar yang datang, ceramah motivasi telah disampaikan oleh 2 orang pelajar terbaik SPM, bekas pelajar Telipok sendiri. Setelah selasai sesi motivasi kami telah memanggil setiap kumpulan yang mengambil Exam untuk datang di depan untuk didoakan secara khusus. Kami berdoa agar mereka tenang, fokus,sentiasa sihat, ada hikmat mengurus masa dan sentiasa dilindungi Tuhan.

Dalam program ini juga kami telah dikejutkan dengan kehadiran pengetua yang datang menyatakan perhatian, sokongan dan dorongan kepada para peserta, dia sangat-sangat mengharapkan agar para pelajar sungguh-sungguh memperhatikan iman mereka selain pelajaran “ apa guna kita memiliki semua pengetahuan, kemewaan dan harta di dunia ini tapi jiwa kita binasa... nanti bila jumpa Tuhan apa kita mahu jawab?...” katanya...


Gabungan Persekutuan Pelajar Kristian (PPK)– 14 Ogos 2010

Puji Tuhan dengan komitmen para pelajar kunci dan sokongan guru-guru yang memiliki beban terhadap pelayanan pelajar, program ini telah terlaksana dengan jayanya.

Dalam program ini, ada 130 orang yang hadir dari 7 PPK. Tujuan utama pertemuan ini adalah Penginjilan, Motivasi dan Doa. Hasilnya seramai 20 orang pelajar telah menerima Yesus buat pertama kali, manakala yang lain datang didepan minta didoakan agar tetap setia dan menjadi saksi Kristus di mana-mana.

Terima kasih atas doa dan sokongan anda dalam pelayanan pelajar.


Student Leaders Connection Retreat

Pada 7-8 Ogos 2010, seramai 20 orang pemimpin pelajar dari sekolah yang berlainan telah mengikuti retreat ini, selain mengukuhkan lagi visi mereka terhadap pelayanan pelajar khususnya bimbingan dan pemuridan, dalam retreat ini juga mereka telah dibimbing dalam membuat perancangan strategik sebagai tindakan susulan untuk dilaksanakan melalui Misi Persatuan Pelajar Kristian (PPK) di sekolah mereka masing-masing. Antara sasaran dan bahan doa utama yang diharap akan dicapai tahun ini ialah:

· Memuridkan semua AJK PPK

· Setiap AJK Membimbing 2 orang baru

· Mengenal pasti pemimpin pelapis PPK untuk tahun2011