Monday 29 June 2009

PPK Explorace Camp KB * 26-28 Jun 2009

shalom,

Puji Tuhan, Explorace Camp yang diadakan pada 26-28 Jun 2009 yang lalu telah terlaksanakan dengan baik, pada mulanya target kami hanya 80 orang peserta tetapi yang hadir pada waktu itu adalah lebih kurang 180 orang, mereka terdiri daripada pelajar Kota Belud dan beberapa sekoalah dari Kota Kinabalu. Melalui perkhemahan ini ada 120 orang Berdoa Menerima Yesus dan 60 orang memperbaruhi komitmennya dengan Tuhan, selain itu kami juga sempat mengadakan doa khusus untuk mereka yang akan mengambil exam UPSR/PMR/SPM/STPM pada tahun ini.

Dalam perkhemahan ini selain program Explorace games yang menjadi tarikan utama, kami juga telah memberitahu kepada para peserta melalui ceramah motivasi tentang kepentingan Doa dan Firman Tuhan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Kami memberitahu tanpa Doa dan Firman Tuhan dalam kehidupan mereka, ini akan menyebabkan kita lemah dan tidak berdaya mengadapi sebarang cabaran dalam hidup termasuk studay, kawan-kawan, dalam soal BGR dan sebagainya. Oleh itu setiap remaja tidak ada alasan untuk mengatakan TIDAK kepada Doa dan Firman Tuhan, Amin!...

Seorang bapa kepada salah satu peserta perkhemahan ini, memberitahu bahawa dia menghantar anaknya ke perkhemahan ini setelah melihat perubahan hidup dan karakter yang sangat ketara dari pada sepupu anaknya. dimana sebelum ini sepupu anaknya itu, yang tinggal bersama mereka adalah seorang yang memang banyak masalah disiplin baik di rumah juga di sekolah tetapi setelah mengikuti 2 perkhemahan sebelum ini, bapa ini sangat kagum, tertanya-tanya akan perubahannya. oleh itu dia juga rindu melihat hal ini terjadi kepada anaknya yang memang luar biasa nakal dan bermasalah disiplin baik dirumah mahupun disekolah. itulah harapannya dan ini membuatkan kami sangat terharu dan bersyukur kepada Tuhan, kerana melihat hasil pekerjaan Tuhan melalui pelayanan ini.

Selain ini, kami juga melihat bagaimana pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin di sekolah dan di rumah satu-satu kembali kepada Tuhan, mengaku sambil menangis, berlutut dan berdoa buat pertama kali dalam hidup mereka. Mari kita doakan bersama agar pelajar-pelajar ini terus memiliki komitmen yang kuat untuk ikut Tuhan. Doakan kami juga dalam tim pelayanan pelajar agar tetap memiliki hikmat, kekuatan dan inovasi dalam pelayanan.

Terima Kasih Tuhan dan sahabat2 dalam pelayanan Tuhan, doa dan sokongan kalian membuatkan kami tidak kesorangan dalam pelayanan ini.