Showing posts with label Sahabat PPK. Show all posts
Showing posts with label Sahabat PPK. Show all posts

Tuesday, 3 February 2009

Doa Semalam Suntuk











[30/01/09] Doa semalam suntuk kami bermula 10.00pm bersama 17 orang, doa ini kami khususkan untuk SahabatPPK, Pembelajaran dan Exam 2009, untuk keluarga, guru-guru dan isu semasa. Kami sehati berdoa agar Tuhan dengan penuh kasih campur tangan dalam semua hal kehidupan anak-anak-Nya.

Melalui doa ini kami menyedari bahawa doa adalah sangat penting sebagai alat kita mengkomunikasikan keperluan dan pergumulan kita kepada Tuhan serta memuji dan menyembah Dia. Kami akhiri doa ini kira-kira 5.00am. terima kasih kepada rakan-rakan yang mengikuti doa ini. Tuhan memberkati kita...

Friday, 1 August 2008

Sahabat PPK Inanam










Kami Sahabat PPK inanam
mengadakan pertemuan setiap jumaat minggu ke 2 dan ke 4 di rumah Ps. Andrew.

Kami bersyukur kerana dapat belajar banyak tentang Tuhan ini menguatkan lagi iman kami. Ini adalah pertemuan kami pada 25 julai yang lalu, "tingu kawan2 kita tu, kira-kira apa diorang sedang buat?..."

Pertemuan ke 2 Sahabat PPK Telipok

inilah suasana pertemuan ke 2 kami, ada 35 orang hadir tidak termasuk 4 orang dari PPK Kolombong yang datang melawat kami. Puji Tuhan, doakan agar kami terus bertumbuh dalam iman... Terima Kasih.

Tuesday, 29 July 2008

TEKNIK BERKESAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk belajar sepanjang masa, sekiranya ingin mendapatkan kejayaan. Kebolehan sepanjang persekolahan diuji di dalam peperiksaan. Oleh itu, hadapilah peperiksaan dengan persediaan yang rapi supaya kejayaan yang diraih dapat mengukur usaha anda selama ini.

JENIS-JENIS PERSEDIAAN

1. Persediaan Akademik
2. Persediaan Mental
3. Memulakan Peperiksaan
4. Menjawab Soalan

PERSEDIAAN AKADEMIK

Persediaan Akademik terbahagi kepada 3 peringkat yang penting iaitu :

Persediaan Peringkat Awal
Iaitu persediaan disepanjang waktu persekolahan. Ini termasuklah tumpuan semasa di dalam kelas, melengkapkan nota-nota, membaca semua mata pelajaran dan membuat nota. Fahamkan apa yang dipelajari dan rujuk kepada guru jika ada masalah.

Persediaan Peringkat Pertengahan
Iaitu kira-kira 2 bulan sebelum peperiksaan. Elok sekiranya pelajar membaca balik semua nota ringkas dan cuba ringkaskan nota kepada fakta-fakta yang penting sahaja. Buatlah kata-kata kunci untuk setiap nota. Untuk memastikan pelajar mengingati apa yang telah dipelajari, tuliskan kembali apa yang diingati. Pastikan pelajar faham setiap mata pelajaran. Untuk menguatkan ingatan, cuba berbincang dengan kawan-kawan. Buat latihan untuk soalan-soalan lepas bagi membiasakan diri dengan format soalan peperiksaan.

Persediaan Akhir
Iaitu seminggu sebelum peperiksaan. Baca kembali semua nota ringkas. Pastikan anda mengingati semua mata pelajaran peperiksaan. Nota ringkas seharusnya mengandungi kata-kata kunci sahaja. Semak nota sekerap yang boleh sehingga anada dapat menulis kembali isi sesuatu mata pelajaran dengan lengkap.

PERSEDIAAN MENTAL

Malam Peperiksaan

  • Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
  • Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
  • Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.
Pagi Sebelum Peperiksaan
  • Jangan lupa ambil sarapan pagi
  • Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
  • Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
  • Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
  • Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
  • Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.

MEMULAKAN PEPERIKSAAN

Dengar arahan pengawas peperiksaan.

  • Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
  • Lihat semua soalan.
  • Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
  • Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
  • Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.

MENJAWAB SOALAN

Soalan Objektif

  • Bahagikan masa untuk setiap soalan. Contohnya Bahasa Melayu Kerta 1 (bilangan soalan ialah 60, masa diperuktukan 1 jam 30 minit). Oleh itu masa menjawab 1 soalan ialah 1 minit 30 saat.
  • Baca soalan dengan teliti. Kesankan perkataan BENAR, TIDAK BENAR, MELAINKAN, KECUALI dan sebagainya.
  • Lihat semua pilihan jawapan. Tandakan (x) untuk jawapan yang anda pasti salah. Jawapan yang tinggal adalah jawapannya.
  • Pastikan jawapan ditanda pada petak yang betul.
  • Jawab soalan yang mudah dahulu. Tandakan soalan yang belum dijawab. Setelah siap, kembali semula kepada soalan susah yang ditinggalkan. Jika masih tidak boleh, tandakan jawapan yang anda rasa yakin.
  • Jika ingin mengubah jawapan, padamkan dengan bersih dan tandakan jawapan baru dengan elok. Jangan menanda dua jawapan pada satu soalan.
Soalan Esei
  • Pilih soalan yang paling banyak isi
  • Kenalpasti bentuk soalan seperti :
BENTUK SOALAN
PENERANGAN
Huraikan penerangan terperinci dan jelas
Bincangkan kemukakan kebaikan dan keburukan serta kesan-kesan
Ertikan maksud yang jelas tentang sesuatu istilah
Namakan tulis nama-nama tertentu atau label
Bandingkan faktor yang sama dan tidak sama
Bezakan faktor yang tidak sama
Jelaskan terangkan supaya mudah difahami
Definisikan takrif tentang istilah/frasa dan bagaimana keistimewaan dapat diaplikasikan
Kritik penilaian dan pendapat tentang kebaikan sesuatu fakta atau teori dan bincangkan dengan bukti-bukti sendiri
Analisiskan idea utama, pertalian dan anggapan serta kepentingan
Ilustrasi rajah atau carta untuk menerangkan sesuatu
  • Mulai menjawab dengan tenang
  • Jawab semua soalan yang ditetapkan.
  • Panjang jawapan adalah berdasarkan isi dan masa yang ditetapkan. Jawapan tidak dinilaikan berdasarkan panjang atau pendek esei tersebut tetapi isi dan hujah yang bernas.
  • Jawab soalan mengikut masa yang ditetapkan. Setiap soalan mestilah seimbang.
  • Selalu merujuk kepada soalan ketika menjawab supaya jawapan anda tidak menyimpang dari tajuk.
  • Setelah selesai menjawab, luangkan sedikit masa untuk menyemak. Pastikan nombor soalan yang ditulis adalah betul. Semak ejaan, ayat dan maklumat lain yang tidak jelas.
  • Tulisan mestilah jelas, kemas dan mudah dibaca.
  • Tulisan yang jelas membantu menaikkan 'impression' markah.

Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan.

Selamat Menghadapi Exam Tuhan Memberkati Anda...

Tuesday, 22 July 2008

Latihan Pemuridan Sahabat PPK Tandek

Susulan daripada Kem PPK Tandek yang diadakan pada bulan April 2008 yang lalu, Pastor yang menjadi penaung dan penasihat kepada PPK Tandek telah menjemput CCC untuk membantu PPK Tandek sebulan sekali bermula Julai tahun ini.

19-20 Julai 2008 sebagai kunjungan susulan pertama, kami telah memberikan Latihan Pemuridan yang di bahagi kepada 2 Sesi; Sesi 1 (ajk PPK sahaja) - Bagaimana Membimbing Sahabat, 18 orang peserta. Sesi 2 (umum) - Bagaimana Bersaksi dengan Efektif. 35 orang peserta.

Kami bersyukur atas komitmen, semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para peserta dan pastor sehingga latihan ini dapat dilaksana dengan jayanya dalam suasana yang ceria dan penuh sukacita.

Selain itu kami juga membawa bersama 2 orang ajk sahabat PPK Bandaraya untuk turut membantu dalam seminar ini. Harap melalui pendedahan ini mereka boleh belajar sesuatu sebagai motivasi mereka sendiri.

Puji Tuhan dan terima kasih untuk doa-doa anda, Tuhan Memberkati...
partner in mission

Pembukaan Sahabat PPK Telipok

Pada 18 Julai yang lalu, SahabatPPK Telipok bermula dengan rasminya. Ada 71 pelajar yang hadir pada masa itu bersama 2 orang guru sebagai penasihat sahabatppk Telipok.

Puji Tuhan dan terima kasih kepada individu-individu yang berkerja keras dan memberi komitmen tinggi sehingga impian ini akhirnya menjadi kenyataan setelah berdoa hampir 2 tahun.

Monday, 14 July 2008

Kem PPK Bandaraya 2008

Hai sahabat2 PPK, dengan sukacitanya kami dari SahabatPPK Bandaraya menjemput anda semua untuk menyertai Kem PPK yang kami anjurkan seperti berikut;

Tema: "JOY"
Tarikh: 29-31 Ogos 2008, Tempat: Tombongon Menggatal
Yuran: RM15.00 (termasuk Makanan & pengangkutan)

Pertanyaan: Alvin 016-811 9559

Sunday, 6 July 2008

Haleluya! Puji Tuhan...

Kem PPK Tamparuli terlaksana dengan lancar dan penyertaan di luar dugaan, pada mulanya kami hanya mensasarkan 50 peserta, tetapi yang datang 125 orang dari pelbagai pelajar sekolah sekitar Kota Kinabalu.

Melalui kem ini ada 98 menerima Kristus, 109 mengikuti kelas Bimbingan, 16 mengikuti Latihan bagaimana Membimbing (BLD) dan Bersaksi (part 1).

Setelah 16 pelajar ini selasai latihan Bersaksi (part 1), mereka praktikal bersaksi dan hasilnya ada 17 orang mendengar berita baik dan 2 orang menerima Kristus.

Terima kasih atas sokongan doa, sumbangan dana dan keterlibatan semua pihak menjayakan kem ini.

Tuhan Memberkati kita semua...

sahabatppk

Monday, 5 May 2008

pelayanan sahabatppk

PPK merupakan salah satu usaha untuk membimbing para pelajar agar mengutamakan pendidikan dan pada masa yang sama mereka tetap memiliki kasih dan Iman yang teguh kepada Tuhan Yesus Kristus. Pengalaman bersama PPK Badin pasti sesuatu yang sukar dilupakan, membimbing dan memuridkan mereka merupakan suatu kehormatan .










02 Mei, Persekutuan Sahabat PPK Badin - Puji Tuhan, ada27 pelajar yang hadir dalam persekutuan tersebut. Saya sangat-sangat bersyukur bila mengingatkan perkembangan PPK ini sejak Oktober 2004 dengan hanya 5 orang pelajar dan tahun ini ia mengjangkau 4 generasi.

Terma kasih Tuhan atas kesempatan ini, walaupun sumbangan kami untuk mendorong mereka sanagat kecil sekali. Namun saya berdoa Tuhanlah pembimbing yang agung bagi kami semua.

Terima kasih untuk AJK2 PPK dan Guru Penasihat Cikgu Abiah & Cikgu Lim
  1. Kent Audry 2004-2005
  2. Julie Ginsos 2006
  3. Jacquline Stephen 2007
  4. Dewina 2008


02 Mei, Persekutuan Sahabat PPK Tamparuli - Walaupun Sahabat PPK Tamparuli tidak mempuanyai guru penasihat yang secara tetap menemani mereka dalam persekutuan namun saya bersyukur kerana mereka masih boleh menerusakan segala aktiviti Sahabat PPK dengan lancar. Saya dapat melihat hasil bimbingan yang mereka terima selama ini telah diaplikasi dengan baik seklai. Teruskan komitmen anda, pasti Tuhan akan senang hati melihat kesetiaan anda kepada-Nya.

Thursday, 24 April 2008

AJAKLAH TEMAN-TEMAN ANDA UNTUK DATANG KE PPK YANG BERDEKATAN DENGAN ANDA...

SAHABAT PPK LIKAS

Masa: 12.30 - 01.30pm
Hari: Setiap Jumaat
Tempat: Dewan CCC Likas



SAHABAT PPK TUARAN

Masa: 12.00 - 01.00pm
Hari: Jumaat (Minggu 2 & 4)
Tempat: Gereja BCCM Tuaran



SAHABAT PPK TAMPARULI

Masa: 01.00 - 02.00pm
Hari: Jumaat (Minggu 1 & 3)
Tempat: Gereja SIB Tamparuli



SAHABAT PPK TOBOBON

Masa: 12.00 - 01.00pm
Hari: Jumaat (Minggu 2 & 4)

Tempat: Gereja Anglikan Menggatal)



SAHABAT PPK BANDARAYA

Masa: 12.00 - 01.00pm
Hari: Jumaat (Minggu 1 & 3)
Tempat: Gereja Methodist Menggatal)



SAHABAT PPK KOLOMBONG

Masa: 12.00 - 01.00pm
Hari: Jumaat (Minggu 1 & 3)

Tempat: Gereja BCCM Inanam



SAHABAT PPK INANAM

Masa: 12.00 - 01.00pm
Hari: Jumaat (Minggu 2 & 4)

Tempat: Rumah Bro. Andrew, Kg. Kalansanan