Saturday 7 May 2011

Kem Motivasi Remaja Ranau

















Dengan berkat dan pimpinan Tuhan serta kerja keras AJK pelaksana iaitu remaja/belia BCCM Ranau, perkhemahan ini telah terlaksana dengan jayanya dengan penyertaan seramai 48 orang remaja/belia. Puji Tuhan dan terima kasih atas segala sokongan rakan pelayanan melaksanakan pelayanan ini.

Thursday 5 May 2011

iYouth Venture Sabah 2011



Selama tiga bulan saya mengikuti program ini, pertama sekali saya mau katakan disini bahawa program ini memang memberkati saya dari segi kerohanian saya. Kenapa saya katakan begitu? kerana hidup saya sebelum ini belum cukup memuaskan untuk Tuhan. Walaupun saya aktif dalam penglibatan aktiviti kem remaja bersama-sama dengan kakak saya, namun saya tau ada yang kurang dan belum cukup mantap lagi. Sehinggalah saya mempunyai kesempatan untuk mengikuti program ini dan ia benar-benar mengubah pendirian hidup saya dan saya bersikap lebih matang dalam pertumbuhan kerohanian. Saya mengucap syukur atas kesempatan ini kerana masa tiga bulan yang saya telah luangkan digunakan sebaik mungkin dan sangat memberi impak yang besar dalam hidup. Saya sekarang tahu bagaimana untuk menghadapi situasi dalam pelayanan dan saya berharap saya dapat memberi yang terbaik dalam setiap apapun yang saya lakukan.



B.     Mengapa kawan-kawan anda (Lepasan SPM/STPM 2011) harus mengikuti Program ini?

Ok, bagi saya. Mengapa saya galakkan lepasan spm & stpm 2011 mengikuti program ini? ini sebab
  1. Masa kamu dapat digunakan sebaik mungkin bersama-sama dalam melayani Tuhan.
  2. Anda dapat explore lebih banyak hal yang bukan setakat melayani Tuhan, tetapi lebih daripada itu. Apa itu? naa, ini saya takkan beritahu kamu. kalau saya kasitau, tiada surprise dong. :)
  3. Menjadi lebih matang, sikap kamu & pendirian kamu akan berubah setelah kamu tahu dan explore program ini. Best!
  4. Belajar bagaimana berdikari tanpa ibubapa. belajar bagaimana mengurus budjet kamu sendiri. Belajar untuk mencari dana sebanyak RM3,000.