Monday 7 June 2010

SURVIVOR CAMP 2010

Kejayaan menganjurkan SURVIVOR CAMP kali ini banyak dibantu oleh ministry partner yang terdiri daripada guru-guru pelajar dan PMM gereja setempat termasuk para penyumbang yang setia menyokong Pelayanan Pelajar. Perkhemahan ini telah menghimpunkan 105 peserta termasuk 16 orang Fasilitator. Tema perkhemahan kali ini adalah "Sahabat Sejati", tema ini bukan saja berbicara tentang bagaimana menjadi sahabat sejati antara sesama tetapi para peserta itu sendiri harus menjadi sahabat sejati kepada "Yesus" melalui perhubungan peribadi yang akrab dengan Dia.

Selain itu para peserta juga telah mengikuti 2 topik motivasi yang sangat memberkati dan mendorong sekali yang di sampaikan oleh Pstor Ong, iaitu "Dasar Iman" dan "Cinta Vs Cita-Cita". Melalui motivasi ini para pelajar diberi penjelasan dan jawaban yang benar berdasarkan ajaran Alkitab. Dan Bagi memeriakan lagi perkhemahan ini pihak penganjur juga telah menyediakan ruangan untuk aktiviti lasak iaitu satu acara wajib dalam perkhemahan SURVIVOR. Melalui aktiviti ini para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan bermain atas konsep "Team building".

Hasil daripada Perkhemahan ini ada 51 Berdoa terima Tuhan dan 31 yang bersedia untuk dibimbing. Puji Tuhan dan terima kasih atas sokongan rakan-rakan pelayanan.