Thursday 28 February 2013

Kem Pemuridan PPK








ü  Bersyukur atas pekerjaan Tuhan dalam kem ppk pada 22-24hb.Feb. yang lalu. Ada 42 pelajar yang telah hadir.Puji Tuhan! Kem kali ini, kami dapat melihat pekerjaan Tuhan dalam hidup para pelajar yang sudah di iniil, dibimbing dan diajar bagaimana membimbing, akhirnya mereka telah melangkah dengan iman membimbing para pelajar yang baharu dengan menggunakan buku BLD 1-6. Ada 7 orang key student yang telah menjadi pemimpin dalam group BLD dan ada26 orang student yang telah menyelesaikan pelajaran BLD #1-6 semasa kem ini.

ü  Kita bersyukur akhir daripada kem ini, ramai pelajar telah berkata:” Dalam kem ini saya telah dapat belajar mengenal Tuhan Yesus Kristus lebih mendalam lagi secara peribadi. Selepas kem ini saya akan mengkongsikan apa yang telah saya pelajari di sini kepada rakan2 saya dan keluarga saya juga”. Saya juga akan akan melibatkan diri dalam program PPK di sekolah.

ü  Dalam kem ini kami juga telah menyampaikan pelajaran misi Pampang sebagai motivasi,yang bertajuk “Benarkah Yesus itu Tuhan?. Adakah Alkitab itu Firman Tuhan? & Tritunggal.
Bersyukur; melalui topic ini para pelajar sangat tertolong& mereka mengakui keragu-raguaan mereka terhadap persoalan yang berkaitan tritunggal(per soalan orang kristian ada 3 Tuhan )
Telah terjawab..”Sekarang saya yakin dan pasti apa itu tritunggal dan tahu memberikan jawaban kepada rakan2 di sekolah yang selalu mempersoalkan hal ini kata mereka”

ü  Kita bersyukur jawapan doa yang Tuhan berikan, dalam 2 bulan yang telah berlalu kami dapat melihat komitemen para key student melaksanakan penginjilan & bimbingan(BLD) di sekolah masing2.