Tuesday 29 July 2008

TEKNIK BERKESAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk belajar sepanjang masa, sekiranya ingin mendapatkan kejayaan. Kebolehan sepanjang persekolahan diuji di dalam peperiksaan. Oleh itu, hadapilah peperiksaan dengan persediaan yang rapi supaya kejayaan yang diraih dapat mengukur usaha anda selama ini.

JENIS-JENIS PERSEDIAAN

1. Persediaan Akademik
2. Persediaan Mental
3. Memulakan Peperiksaan
4. Menjawab Soalan

PERSEDIAAN AKADEMIK

Persediaan Akademik terbahagi kepada 3 peringkat yang penting iaitu :

Persediaan Peringkat Awal
Iaitu persediaan disepanjang waktu persekolahan. Ini termasuklah tumpuan semasa di dalam kelas, melengkapkan nota-nota, membaca semua mata pelajaran dan membuat nota. Fahamkan apa yang dipelajari dan rujuk kepada guru jika ada masalah.

Persediaan Peringkat Pertengahan
Iaitu kira-kira 2 bulan sebelum peperiksaan. Elok sekiranya pelajar membaca balik semua nota ringkas dan cuba ringkaskan nota kepada fakta-fakta yang penting sahaja. Buatlah kata-kata kunci untuk setiap nota. Untuk memastikan pelajar mengingati apa yang telah dipelajari, tuliskan kembali apa yang diingati. Pastikan pelajar faham setiap mata pelajaran. Untuk menguatkan ingatan, cuba berbincang dengan kawan-kawan. Buat latihan untuk soalan-soalan lepas bagi membiasakan diri dengan format soalan peperiksaan.

Persediaan Akhir
Iaitu seminggu sebelum peperiksaan. Baca kembali semua nota ringkas. Pastikan anda mengingati semua mata pelajaran peperiksaan. Nota ringkas seharusnya mengandungi kata-kata kunci sahaja. Semak nota sekerap yang boleh sehingga anada dapat menulis kembali isi sesuatu mata pelajaran dengan lengkap.

PERSEDIAAN MENTAL

Malam Peperiksaan

  • Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
  • Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
  • Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.
Pagi Sebelum Peperiksaan
  • Jangan lupa ambil sarapan pagi
  • Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
  • Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
  • Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
  • Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
  • Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.

MEMULAKAN PEPERIKSAAN

Dengar arahan pengawas peperiksaan.

  • Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
  • Lihat semua soalan.
  • Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
  • Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
  • Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.

MENJAWAB SOALAN

Soalan Objektif

  • Bahagikan masa untuk setiap soalan. Contohnya Bahasa Melayu Kerta 1 (bilangan soalan ialah 60, masa diperuktukan 1 jam 30 minit). Oleh itu masa menjawab 1 soalan ialah 1 minit 30 saat.
  • Baca soalan dengan teliti. Kesankan perkataan BENAR, TIDAK BENAR, MELAINKAN, KECUALI dan sebagainya.
  • Lihat semua pilihan jawapan. Tandakan (x) untuk jawapan yang anda pasti salah. Jawapan yang tinggal adalah jawapannya.
  • Pastikan jawapan ditanda pada petak yang betul.
  • Jawab soalan yang mudah dahulu. Tandakan soalan yang belum dijawab. Setelah siap, kembali semula kepada soalan susah yang ditinggalkan. Jika masih tidak boleh, tandakan jawapan yang anda rasa yakin.
  • Jika ingin mengubah jawapan, padamkan dengan bersih dan tandakan jawapan baru dengan elok. Jangan menanda dua jawapan pada satu soalan.
Soalan Esei
  • Pilih soalan yang paling banyak isi
  • Kenalpasti bentuk soalan seperti :
BENTUK SOALAN
PENERANGAN
Huraikan penerangan terperinci dan jelas
Bincangkan kemukakan kebaikan dan keburukan serta kesan-kesan
Ertikan maksud yang jelas tentang sesuatu istilah
Namakan tulis nama-nama tertentu atau label
Bandingkan faktor yang sama dan tidak sama
Bezakan faktor yang tidak sama
Jelaskan terangkan supaya mudah difahami
Definisikan takrif tentang istilah/frasa dan bagaimana keistimewaan dapat diaplikasikan
Kritik penilaian dan pendapat tentang kebaikan sesuatu fakta atau teori dan bincangkan dengan bukti-bukti sendiri
Analisiskan idea utama, pertalian dan anggapan serta kepentingan
Ilustrasi rajah atau carta untuk menerangkan sesuatu
  • Mulai menjawab dengan tenang
  • Jawab semua soalan yang ditetapkan.
  • Panjang jawapan adalah berdasarkan isi dan masa yang ditetapkan. Jawapan tidak dinilaikan berdasarkan panjang atau pendek esei tersebut tetapi isi dan hujah yang bernas.
  • Jawab soalan mengikut masa yang ditetapkan. Setiap soalan mestilah seimbang.
  • Selalu merujuk kepada soalan ketika menjawab supaya jawapan anda tidak menyimpang dari tajuk.
  • Setelah selesai menjawab, luangkan sedikit masa untuk menyemak. Pastikan nombor soalan yang ditulis adalah betul. Semak ejaan, ayat dan maklumat lain yang tidak jelas.
  • Tulisan mestilah jelas, kemas dan mudah dibaca.
  • Tulisan yang jelas membantu menaikkan 'impression' markah.

Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan.

Selamat Menghadapi Exam Tuhan Memberkati Anda...

Tuesday 22 July 2008

Latihan Pemuridan Sahabat PPK Tandek

Susulan daripada Kem PPK Tandek yang diadakan pada bulan April 2008 yang lalu, Pastor yang menjadi penaung dan penasihat kepada PPK Tandek telah menjemput CCC untuk membantu PPK Tandek sebulan sekali bermula Julai tahun ini.

19-20 Julai 2008 sebagai kunjungan susulan pertama, kami telah memberikan Latihan Pemuridan yang di bahagi kepada 2 Sesi; Sesi 1 (ajk PPK sahaja) - Bagaimana Membimbing Sahabat, 18 orang peserta. Sesi 2 (umum) - Bagaimana Bersaksi dengan Efektif. 35 orang peserta.

Kami bersyukur atas komitmen, semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para peserta dan pastor sehingga latihan ini dapat dilaksana dengan jayanya dalam suasana yang ceria dan penuh sukacita.

Selain itu kami juga membawa bersama 2 orang ajk sahabat PPK Bandaraya untuk turut membantu dalam seminar ini. Harap melalui pendedahan ini mereka boleh belajar sesuatu sebagai motivasi mereka sendiri.

Puji Tuhan dan terima kasih untuk doa-doa anda, Tuhan Memberkati...
partner in mission

Pembukaan Sahabat PPK Telipok

Pada 18 Julai yang lalu, SahabatPPK Telipok bermula dengan rasminya. Ada 71 pelajar yang hadir pada masa itu bersama 2 orang guru sebagai penasihat sahabatppk Telipok.

Puji Tuhan dan terima kasih kepada individu-individu yang berkerja keras dan memberi komitmen tinggi sehingga impian ini akhirnya menjadi kenyataan setelah berdoa hampir 2 tahun.

Monday 14 July 2008

Kem PPK Bandaraya 2008

Hai sahabat2 PPK, dengan sukacitanya kami dari SahabatPPK Bandaraya menjemput anda semua untuk menyertai Kem PPK yang kami anjurkan seperti berikut;

Tema: "JOY"
Tarikh: 29-31 Ogos 2008, Tempat: Tombongon Menggatal
Yuran: RM15.00 (termasuk Makanan & pengangkutan)

Pertanyaan: Alvin 016-811 9559

Monday 7 July 2008

Latihan Bersaksi di PCS Menggatal

Puji Tuhan ada 15 orang pemimpin dan pemuda pemudi telah mengikuti Latihan Bagaimana Bersaksi yang di adakan di gereja PCS Menggatal pada 6 Julai 2008. Setelah latihan semua peserta sempat melaksanakan praktikal dan hasilnya, ada 11 orang yang mendengar berita baik, 5 orang yang berdoa menerima Kristus.

Semasa latihan peserta sangat bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk bersaksi, walaupu ada di antara mereka mengaku takut, malu, tidak tahu apa yang perlu dibuat dan sebagainya.

ini adalah sebahagian kesaksian peserta;

"saya sudah lama melayani di gereja, namun tidak pernah bersaksi secara peribadi. Ini adalah pengalaman pertama saya, bagus walaupun pada mulanya saya takut-takut" jastin

"semasa dalam latihan hati saya berdebar2 bila diberitahu selepas latihan ada praktikal bersaksi, kerana saya tahu cabaran sangat banyak di luar sana. Namun semasa keluar bersaksi Tuhan telah siapkan seseorang, puji Tuhan melalui perkongsian kami dia telah berdoa menerima Kristus". juhim

"ini pengalaman pertama saya. Sangat gembira walaupun semasa keluar tadi saya sangat takut, segan, tidak tahu apa yang dibuat, tapi bila sudah mula berbicara kepada seseorang persaan ini hilang. Lathan ini sangat membantu kami bersaksi dengan lebih yakin lagi. Terima kasih. alfiera, eka, evelyin (pmm)

Sunday 6 July 2008

Haleluya! Puji Tuhan...

Kem PPK Tamparuli terlaksana dengan lancar dan penyertaan di luar dugaan, pada mulanya kami hanya mensasarkan 50 peserta, tetapi yang datang 125 orang dari pelbagai pelajar sekolah sekitar Kota Kinabalu.

Melalui kem ini ada 98 menerima Kristus, 109 mengikuti kelas Bimbingan, 16 mengikuti Latihan bagaimana Membimbing (BLD) dan Bersaksi (part 1).

Setelah 16 pelajar ini selasai latihan Bersaksi (part 1), mereka praktikal bersaksi dan hasilnya ada 17 orang mendengar berita baik dan 2 orang menerima Kristus.

Terima kasih atas sokongan doa, sumbangan dana dan keterlibatan semua pihak menjayakan kem ini.

Tuhan Memberkati kita semua...

sahabatppk