Monday 20 September 2010

Aktiviti PPK - September 2010


Latihan Misi - Iran Beluran
16-18/9/2010
Peserta 66 orang, Mendengar berita Baik 71 orang, Menrima Yesus 35 orang



















KEM MOTIVASI REMAJA - PAROKI PAGALUNGAN PENSIANGAN
Peserta 87 orang
Fasilitator/AJK 20 orang
Terima Yesus 54 orang

Perjalanan menggunakan kereta dari Kota Kinabalu ke pangkalan Salung memakan masa kira-kira 6 jam. Dari Salung ke Pagalungan lokasi KMR, perjalanan di sambung menggunakan bot, mengambil masa kira 1jam di bawa terik matahari, perjalan memeang boleh tahan!... Namun dengan kerinduan hati untuk melayani para remaja di kawasan ini, pengalaman berada di sini bertukar menjadi adventure sukacita yang luar biasa, yang memang tidak boleh didapati di mana-mana. Semangat dan komitmen para Urusetia, Fasilitator, Motivator dan peserta tidak dibatasi dengan kemudahan yang terhad seperti kuasa elektirk, komunikasi, pengangkutan dan peralatan, walaupun sesekali bergelap kerana masalah generator tetapi segala aktiviti perkhemahan tidak terjejas langsung, semangat mereka memang luar biasa.

Dalam perkhemahan ini ada 87 orang remaja yang mendaftar sebagai peserta tidak termasuk urusetia dan fasilitator kira 20 orang, yang terdiri dari pada pemimpin belia, jemaat dan Pst/Pdt. Sepanjang perkhemahan ini para peserta telah diberi motivasi tentang Asas Iman yang benar, Takut akan Tuhan, Hidup Baru, Pengikut Yesus Sejati dan Bagaimana Bersaksi. Walaupun perkhemahan ini lebih menumpukan kepada pembelajaran Firman Tuhan tetapi kami juga selitkan Cabaran Explorace pada petang yang terakhir untuk memberi kelainan dan motivasi tambahan kepada peserta.

ini adalah sebahagian komen para peserta;

"Hebat, Dahsyat dan Luar Biasa.. Yes!, Yes, Yes...."
"kem ini mantap, lengkap dan syok...."
"Kami tidak puas, kem akan datang kasi 1 minggu"
"terima kasih Tuhan kerana melalui kem ini, saya memahami dengan lebih dalam tentang Asas Iman yang benar..."